Loading...
DAH LAMA TEGUR, DAH LAMA SENTUH TENTANG PERKARA INI TAPI PEHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG MARUAH ISLAM MENJADI BISU, PONDAN SIAM,
KITA TERPAKSA SEBUT INI SEBAB DAH LAMA KITA SUARAKAN HAL PENGHINAAN BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM TAPI APA PENYELESAIANNYA ?
RAJA-RAJA SUNYI SEPI KECUALI SULTAN PERAK DAN MUNGKIN SELANGOR, JABATAN AGAMA ISLAM JADI BISU.
YANG BERANI BERI AMARAN HANYA HADI AWANG, YANG LAIN ? KEMANA HILANG GHAIBNYA SUARA MEREKA ?
MELAYU ISLAM MEMANG LEMAH DAN BANGANG, DIKALANGAN MEREKA SUDAH SAMA NADA DENGAN ORANG KAFIR, ADA MENTERI AGAMAPUN TIDAK MENGUBAH APA-APA.
-Pak Karamu-
Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai ?
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.
Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.
"Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?
"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?," tanyanya.
Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.
Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Khatan bayi perempuan tak sama dengan FGM]
Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.
Dr. Adam Izkandar menulis, "sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya."
Zanjaf pula berkata, "umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?."
Adi Arfandi berkata, "sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung."
Loading...
0 Response to "ISLAM DI MALAYSIA MACAM PONDAN TUA"
Posting Komentar