Loading...

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa?

Loading...
Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini hari menuduh pendakwaan terhadap pemimpin Umno rancangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memusnahkan parti Melayu itu demi kelangsungan PPBM.

Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata pemimpin Umno ketika ini didakwa dengan berpuluh tuduhan tetapi tiada satu pun terhadap bekas menteri dan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan.

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? “Kenapa Umno sahaja?” katanya di Facebook hari ini. “Jawapannya mudah. Dr Mahathir yang suruh. Dr Mahathir hanya mahu memusnahkan Umno dan minta mereka menyertai PPBM untuk menyelamatkan PPBM.”

Ketua Umno Batu Pahat itu menyimpulkan Umno menjadi tumpuan kerana Dr Mahathir merasakan parti Melayu itu ancaman terhadap dirinya. “Beliau akan kejar Umno sampai ke lubang cacing.”

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa?


“Pada dia MCA, MIC dan Gerakan bukan ancaman. Ahli Parlimen ketiga-tiga parti itu seorang dua sahaja. Bukan boleh dibawa masuk ke dalam PPBM pun,” katanya.

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? Antara pemimpin Umno yang sedang membela diri adalah bekas presiden Datuk Seri Najib Razak, Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa atas pelbagai tuduhan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa?"

Posting Komentar