Loading...
KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam membuat pusingan U apabila menegaskan bahawa pemilik kereta mewah tidak akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter meskipun mempunyai kapasiti enjin 1,500cc ke bawah.
Kenyataan itu bertentangan dengan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat di sini kelmarin yang mengatakan semua pemilik kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah bakal menikmati subsidi tersebut.
Guan Eng yang mengubah fikiran mengenai pemberian subsidi itu berkata, kajian sedang dibuat mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol tersebut yang dijangka berkuat kuasa suku kedua tahun depan bagi memberi manfaat melangkaui golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
“Kita nak kaji macam mana kita boleh perluaskan supaya kita tidak hanya hadkan kepada B40 tetapi yang saya ingin tegaskan yang pakai kereta mewah, jangan harap. Itu kita tidak akan berikan,” katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.
Loading...
0 Response to "Kerajaan PH buat U-turn lagi"
Posting Komentar