Loading...
1974
Kuil dibina oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal
|
|
Tanah yang menempatkan kuil asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd pemilik kepada Seafield Estate
|
|
1987
SIME UEP membeli tanah daripada Consolidated Plantations Bhd
(Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian, kemudiannya SIME UEP telah menukar kepada skim pembangunan perumahan)
|
|
1988
UEP Subang Jaya(dikenali USJ) dibangunkan
(80% kawasan itu dibangunkan oleh Sime UEP Properties Bhd, sayap pembangunan hartanah Sime Darby Bhd)
|
|
1992
Tanah kuil dituntut oleh pihak SIME UEP, pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Kuil ditubuhkan dibawah ROS
(Chellappa a/l K.Kalimuthu dilantik sebagai presiden, Nagaraju a/l Merganathan dilantik sebagai setiausaha
|
|
1996
Tuntutan pertama melalui saman sivil :
No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).
|
|
2001
Salah faham di antara Chellapa dan Nagaraju
(Chellapa menuduh Nagaraju telah ditangkap mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli Jawatankuasa termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan)
|
|
2007
One City Development telah membeli tanah tersebut dan mengadakan perancangan untuk memindahkan kuil.
(Saman sivil pertama pada 1996 sebelum ini iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014)
|
|
2012
50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan ke Persiaran Harmoni di Putra Heights
|
|
2014
Mac 2014, Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :
Mac 2014, Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :
i. Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil
untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
ii. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru
di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapak kuil itu diserahkan kepada One City
dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.
|
|
2014
Julai 2014, satu lagi saman sivil yang difailkan pada tahun 2001, melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah dibicarakan:
No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
|
|
dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.
|
|
2014
Julai 2014, satu lagi saman sivil yang difailkan pada tahun 2001, melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah dibicarakan:
No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
|
|
2016
Berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
(Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke atas salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan)
|
|
2017
May 2017, pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil. Lokasi baru kuil telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat. Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka
|
|
2017
1 Jun 2017, isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014
Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:
i. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.
ii. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
iii. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.
ii. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
iii. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.
Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima ‘political backlash’.
|
|
2017
|
|
2017
6 Jun 2017, Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
|
|
2017
Disember 2017, isu ini ‘panas’ lagi apabila dibangkitkan semula oleh Ahli Politik Sivarasa dan Santiago yang menyatakan kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut
|
|
2018
28 September 2018, isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober 2018
|
|
2018
16 Oktober 2018, Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
|
|
2018
25 Oktober 2018, menerusi hantaran yang tular di laman Facebook,kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP
(Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November 2018 iaitu selepas perayaan Deepavali pada 6 November 2018)
(Pengurusan kuil diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf “Ramaji”, yang nama sebenarnya M Ramachandran)
|
|
2018
Awal pagi 26 November 2018, kira-kira jam 2 pagi, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.
Sebanyak 18 kenderaan dibakar dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights. Polis berjaya mengawal keadaan.
Awal pagi 27 November 2018, lebih kurang 2,000 India berkumpul disekitar kuil. Mereka bertindak menterbalikkan kereta Perodua Axia sebelum dibakar jam 1 pagi, manakala Proton Satria pula mengalami nasib sama, 30 minit kemudian.
Perusuh bertindak menghalang jentera bomba untuk memadamkan kebakaran. Mereka menarik keluar seorang anggota bomba keluar dari kenderaan dan memukul anggota tersebut hingga cedera parah. Jentera bomba dan van EMRS telah dirosakkan. Ketika artikel ini ditulis, anggota bomba tersebut masuk di wad ICU.
Adakah malam ini ada lagi rusuhan? semoga Malaysia kekal aman. Ahli politik sila bertanggungjawab. Sudah jadi Menteri perangai seperti lahanat.
#CelahGelegar
#CelahGelegar
Loading...
0 Response to "Kronologi Kes Perpindahan Kuil Mariamman - Bentuk Lebih Mudah Difahami"
Posting Komentar