Loading...
Lawak Dari Bung Mokhtar Radin. Selepas berlaku suasana tegang dan panas di antara Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Lokman Noor Adam, salah seorang pemimpin kanan Umno tampil untuk cuba meredakan keadaan.
Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin cuba menjadi orang tengah dengan memberikan nasihat terbuka kepada kedua-dua orang watak penting parti tersebut.
Lawak Dari Bung Mokhtar Radin. "...My dear @khairiKJ_ @LokmanAdam saya tahu kita ada kebebasan bersuara, tetapi tolonglah berhenti mengecam antara satu sama lain secara terbuka. Kita mesti fokus pada matlamat kita," ciap anggota parlimen Kinabatabangan itu di Twitternya.
Ia kelihatan berniat baik dan telus, namun kemudian disedari Bung Moktar tersilap menanda (tag) orang yang sepatutnya.
Berbanding Khairy Jamaluddin Bung Moktar menanda seorang lelaki lain - yang dipercayai juga bernama Khairy - namun tidak dikenali ramai.
Untuk rekod di Twitter Khairy menggunakan nama pengendali (handle) @Khairykj manakala orang yang ditanda Bung Moktar menggunakan nama pengendali @khairiKJ_.
Lawak Dari Bung Mokhtar Radin
Sebagai bekas ketua pemuda Umno dan anggota parlimen Rembau Khairy mempunyai seramai 2.45 juta pengikut di Twitter, manakala pemuda yang ditanda Bung Moktar - setakat berita ini ditulis - memiliki kira-kira 470 pengikut.
Pesanan itu mendapat perhatian pemilik Twitter bernama khairiKJ yang kemudiannya meminta Bung Mokhtar supaya menanda indvidu yang betul.
"Tolong maklumkan pada individu yang betul. "...dah aku pula kena tgk drama politik dia," balas khairiKJ_ itu.
Hasil carian Malaysiakini mendapati pemilik Twitter khairiKJ_ itu ialah penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di negara ini.
Lawak Dari Bung Mokhtar Radin
Terdahulu berlaku ketegangan di antara Khairy dan Lokman ekoran kritikan anggota parlimen Rembau itu mengkritik Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB menjadi punca kekalahan BN pada pilihan raya umum pada 9 Mei lepas.
Lokman ialah antara watak yang selalu tampil mempertahankan Umno dan Najib sejak berakhirnya PRU ke-14 lalu.
Kritikan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati Lokman yang tampil mempertahankan bekas perdana menteri dan mempersoal tindakan Khairy yang dilihat seolah-olah sakit hati kepada Najib.
Lawak Dari Bung Mokhtar Radin. Khairy kemudiannya melalui Twitternya berkata, beliau akan memecat Lokman sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno pada pemilihan baru-baru ini kerana memilik "IQ seperti lobak". - malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "Lawak Dari Bung Mokhtar Radin"
Posting Komentar