Loading...
Menteri Akan Di Tukar Adalah. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai akan berlakunya rombakan barisan Kabinet dalam masa terdekat.
Timbalan perdana menteri itu sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan rombakan kerana perdana menteri mempunyai kuasa berbuat demikian.
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet sekiranya menerima pencalonan baru daripada PKR yang selesai mengadakan pemilihan parti tempoh hari.
Bagaimanapun, dalam temu bual dengan The Straits Times Singapura semalam, Dr mahathir menegaskan kata putus adalah budi bicaranya kerana selaku perdana menteri, beliau berhak memilih anggota Kabinet yang beliau selesa bekerja bersama.
“Mereka boleh mencalonkan nama, mengemukakan hujah mereka, namun saya mempunyai pandangan tersendiri kerana pada dasarnya, saya memerlukan orang yang saya selesa bekerja bersama.
Menteri Akan Di Tukar Adalah
“Jadi, sama ada saya menerima calon mereka bergantung kepada budi bicara saya. Walaupun PKR adalah parti terbesar (dalam PH), tidak banyak perbezaan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan parti saya sendiri (PPBM),” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik menafikan dakwaan beliau akan digugurkan dari Kabinet, sebaliknya berkata ia cuma satu khabar angin dan taktik kotor pihak pembangkang.
Penafian sama juga dibuat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun.
Tiada permintaan senarai Kabinet baru
Manakala Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum dimaklumkan untuk menghantar senarai nama barisan Kabinet baharu kepada perdana menteri.
Ahli Parlimen Port Dikckson itu berkata sehingga kini nama menteri yang mewakili PKR di Putrajaya kekal dan tidak ada perubahan.
Menteri Akan Di Tukar Adalah
“Tiada sesiapa dalam PKR memaklumkan kepada saya mengenai keperluan untuk mengubah atau menghantar nama baharu.
“Jadi pendirian buat masa ini tiada perubahan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika ditanya isu sama, berkata beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat rombakan Kabinet melibatkan wakil rakyat DAP.
Menteri Akan Di Tukar Adalah. “Saya tidak ada kuasa untuk buat rombakan dan untuk DAP, kita tidak menghantar mana-mana nama kepada perdana menteri untuk rombakan,” katanya. -
Loading...
0 Response to "Menteri Akan Di Tukar Adalah.."
Posting Komentar