Muhammad Adib Mohd Kassim Semakin Pulih. Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, menunjukkan tanda-tanda sedar dan bertindak balas kepada beberapa arahan lisan selepas dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan terkini mengenai keadaannya, IJN berkata anggota bomba berusia 24 tahun itu masih di bawah pemantauan rapi penggunaan sedatif untuk membolehkan organnya pulih.
Muhammad Adib Mohd Kassim Semakin Pulih. "Muhammad Adib terus menunjukkan tanda-tanda beransur baik. Dia kurang bergantung kepada ubat untuk jantungnya, setting oksigen untuk mesin ECMO telah dikurangkan tetapi dia masih memerlukan bantuan penuh untuk buah pinggangnya berfungsi. Dia kini dalam keadaan medically-induced comatose," kata IJN dalam satu kenyataan.
Ketika membuat rumusan mengenai keadaannya, IJN berkata anggota bomba itu masih kritikal tetapi stabil dengan tanda-tanda keadaannya beransur baik.
Ahli fisioterapi IJN hari ini memulakan kaedah sokongan fisioterapi pasif sebagai sebahagian daripada pemulihan kardiopulmonari Muhammad Adib.
Muhammad Adib Mohd Kassim Semakin Pulih
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun awal hari ini berkata Muhammad Adib memang diserang dan bukan dilanggar jentera bomba yang sedang mengundur dalam insiden rusuhan di kuil tersebut di USJ 25, Putra Heights pada awal Selasa. - bernama
Related Posts :
Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’
FMT Reporters | August 29, 2016
Polis menunggu maklumat Interpol berhubung lokasi terkini Datuk itu yang kali terakhir dikesan berada di… Read More...
Mansuh diskaun Bumiputera pastikan harga berpatutan untuk semua’
Robin Augustin
Chang menggesa kerajaan negeri Selangor memastikan tiada pemaju perumahan mengambil kesempatan untuk meningka… Read More...
#TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Pemuda UMNO KedahWan Syamsul Amly, Astro Awani
PEMUDA UMNO KEDAH: #TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Gambar fail
KUALA LUMPUR… Read More...
RAKYAT AKAN BUAT PERUBAHAN PADA PRU 14
'Orang Melayu akan berubah, sekiranya Umno kalah'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
29 Ogos 2016
Umno
SHAH ALAM - Perubahan ter… Read More...
Pelajar maut ketika selamatkan beg rakan Primary tabs View(active tab) Track Nasional di Putrajaya - 29 Aug 2016 (9 hours ago) Previous Next 1 of 2 Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di sini pagi tadi. Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika cuba menyelamatkan beg rakannya ddalam kejadian pukul 9.40 pagi itu. Difahamkan, punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah dibuang keluar oleh kawan lain di kelas yang sama. "Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterusnya jatuh ke bawah," menurut sumber hari ini. Pelajar tingkatan 3 Elit SMK Presint 9 (1) itu kini dihantar oleh polis ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.--MalaysiaGazetteMALAYSIA GAZETTE
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan … Read More...
0 Response to "Muhammad Adib Mohd Kassim Semakin Pulih"
Posting Komentar