Loading...
Ramai tidak tahu bahawa Malaysia di bawah kerajaan BN dahulu memiliki kumpulan hospital kedua terbesar di dunia.
Ketika saya dilantik Perdana Menteri pada tahun 2009, Khazanah memiliki kumpulan hospital Pantai. Pada masa itu, kumpulan ini hanya bernilai RM5.2 bilion.
Seterusnya, kumpulan ini terus berkembang termasuk pembelian kumpulan hospital Singapura bernama Parkway, di mana Khazanah menstruktur semula pegangan aset hospital mereka menjadi IHH Berhad pada tahun 2010.
Selepas kumpulan ini disenaraikan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2012, nilai IHH Berhad meningkat menjadi RM25.6 bilion.
IPO untuk IHH Berhad merupakan IPO ketiga terbesar di dunia untuk tahun itu.
IHH Berhad terus berkembang selepas disenaraikan dengan pembelian kumpulan hospital di negara asing.
Hari ini, IHH Berhad dianggarkan bernilai RM50 bilion dan memiliki kumpulan hospital terbesar di Malaysia dengan 14 buah hospital, 4 hospital di Singapura, 21 hospital di Turki dan 9 hospital di India.
Ini antara faktor, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion pada akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017.
Selama ini, IHH Berhad dikenali sebagai kumpulan hospital Malaysia kerana Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar dan Khazanah yang mengawal halatuju IHH Berhad.
Pengerusi IHH Berhad juga anak Malaysia, bermula dengan Tan Sri Dato' Dr Abu Bakar Suleiman sehingga beliau bersara pada akhir tahun lepas dan digantikan dengan Dato' Mohammed Azlan bin Hashim.
Tetapi pengumuman hari ini bahawa Khazanah di bawah kerajaan PH telah menjual kepentingan 16% di dalam IHH Berhad kepada kumpulan Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion bermaksud Mitsui menjadi pemegang saham terbesar.
Harga jualan diumumkan sebagai RM6 satu saham iaitu lebih rendah dari harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini sebelum Bursa Malaysia jatuh teruk selepas PRU14 - bermaksud Khazanah jual pada ketika harga saham rendah..
Kumpulan hospital kedua terbesar di dunia ini tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah menjadi kumpulan milik negara Jepun.
Tidak mustahil Pengerusi kumpulan ini yang merupakan orang Malaysia selama ini akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi.
Negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat MNC bertaraf global.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk menggantikan kehilangan hasil dari pemansuhan GST, dividen dari Petronas, Khazanah Nasional dan BNM akan dinaikkan.
Mungkin penjualan aset negara hari ini merupakan antara langkah untuk Khazanah menaikkan dividen kepada kerajaan.
Apa lagi aset negara akan dijual?
Oleh :Najib Razak #CelahGelegar

0 Response to "Najib:PH hanya pandai jual :Apa lagi aset negara akan dijual?"
Posting Komentar