Loading...

PH dimonopoli pihak beragenda hancurkan Melayu Islam

Loading...

26 Safar 1440H, Ahad – “Kerajaan Pakatan harapan sejak dari pembangkang lagi, mereka dimonopoli oleh orang-orang yang mempunyai agenda untuk mencabul, merobek kekuatan Melayu dan Islam dalam negara kita.”
Demikian ucapan semangat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Perhimpunan Rakyat Bantah ICERD di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, keharmonian agama dan kaum dibentuk oleh asas yang kukuh melalui kontrak sosial yang dimeterai ketika merdeka dahulu, bahkan kontrak ini juga adalah asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan hari ini.
Katanya, Perlembagaan telah meletakkan beberapa ‘tiang seri’ yang membentuk asas negara, termasuk Islam sebagai agama negara, namun ianya tidak menjadi sebab untuk mana-mana agama lain dinafikan hak mereka.
“Kerana apa (negara ini istimewa), kerana kita ditautkan, kita disepadukan, kita diperkukuhkan dengan kontrak sosial ketika merdeka dahulu, dan kontrak inilah yang telah membangunkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Mengulas lanjut Asyraf berkata, Malaysia boleh berbangga dengan sikap orang Islam yang menghormati agama-agama lain.
Justeru, katanya, asas yang ada ini jangan dirobek, termasuklah Islam sebagai agama Persekutuan serta hak keistimewaan Bumiputera.
“Tiada satu negara di dunia ini yang mempunyai cuti paling banyak kecuali di Malaysia. Deepavali kita cuti, Krismas kita cuti, Thaipusam kita cuti, Tahun Baru Cina kita cuti, banyak cuti di Malaysia.
“Sebab apa? sebab inilah kekuatan kita, kita menghormati agama-agama lain, tetapi asasnya Islam jangan dirobek, Islam sebagai Agama Persekutuan, begitulah juga hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH dimonopoli pihak beragenda hancurkan Melayu Islam"

Posting Komentar