Loading...

PKR Makin Huru Hara?

Loading...
PKR Makin Huru Hara? Seorang calon pemilihan PKR hari ini mendakwa kira-kira 11,422 undi dalam pemilihan timbalan presiden antara Rafizi Ramli menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hilang.

Calon ketua Pemuda, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang termasuk dalam senarai pasukan Rafizi mendakwa undi daripada 40 bahagian parti hilang dengan bilangan terbanyak di Kota Belut, Kota Marudu dan Sepanggar di Sabah.

PKR Makin Huru Hara? “Ini seolah-olah ada keputusan yang dipadamkan secara sistematik dan terpilih,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kehilangan tertinggi dikesan dalam pemilihan di Kota Marudu iaitu sebanyak 27.27%, diikuti Sepanggar (23.25%), Tawau (17.99%), Tuaran (19.55%), Beluran (21.33%), Kimanis (24.63%) dan Kota Belud (29.38%)

“Masalah itu dilihat sistematik dan terancang. Apa yang berlaku ini luar biasa. Bahagian yang kena hanya pada satu pihak,” katanya.

Akmal menggesa biro politik PKR yang akan bermesyuarat malam ini membuat satu ketetapan dengan mengambil kira pendedahan itu.

PKR Makin Huru Hara?


“Dari segi keputusan itu kita akan terima seadanya. Cuma pandangan kami biar berlaku adil. Tujuan kami supaya perkara ini diletakkan sebagai fakta dan biar mereka buat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Rafizi kecewa dengan parti untuk tidak mengadakan pemilihan semula di Julau, Sarawak.

PKR Makin Huru Hara? Beliau berkata kenyataan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) yang berkata kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-undi digodam di Julau tidak mempunyai kesan kepada kewibawaan data adalah tidak masuk akal. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR Makin Huru Hara?"

Posting Komentar