Loading...

SPM 2019 akan diawalkan tarikh pelaksanaannya - Maszlee

Loading...
Imej via FB Kementeria Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA 13 Nov.- Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diawalkan bermula 2019 sebagai langkah persediaan menghadapi musim banjir yang sering berlaku pada hujung tahun.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jadual peperiksaan SPM itu hanya membabitkan mata pelajaran elektif dan bukan teras yang dijangka diawalkan antara akhir September dan awal Oktober.
"Subjek-subjek tersebut adalah Bahasa Arab, Bahasa Punjabi, Bahasa Kadazan, Bahasa Iban, Tasawur Islam dan kesusasteraan.

"Langkah ini dibuat memandangkan banjir sering berlaku pada hujung tahun dan ini dibuat bagi memudahkan para pelajar menghadapi SPM," katanya ketika mengadakan tinjauan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1), di sini hari ini.

Pada masa sama, Maszlee memaklumkan, pihaknya telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi situasi banjir sepanjang SPM tahun ini.

Katanya lagi, seramai 421,706 calon seluruh negara mula menduduki peperiksaan bertulis SPM 2018 pada bermula hari ini hingga 13 Disember. - UTUSAN ONLINE
loading...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPM 2019 akan diawalkan tarikh pelaksanaannya - Maszlee"

Posting Komentar