Loading...
SUBANG JAYA - Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berkenaan pada awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya.
Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V. K. Regu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.
“Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.
“Anggota bomba terbabit bukan dipukul sebaliknya dilanggar jentera bomba ketika mengundur malah kami yang berada disitu untuk membantu mengeluarkannnya ,”katanya ketika sidang akhbar di Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.
V. K. Regu berkata, pihaknya mempunyai video sebagai bukti berhubung kejadian itu namun tidak membuat laporan polis kerana video tersebut telah diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - K! ONLINE #CelahGelegar
Loading...
0 Response to "[TAMBAH GARAM PADA LUKA] Badan bertindak kuil dakwa anggota bomba cedera akibat kemalangan"
Posting Komentar