Loading...
Tindakan Selangor Terhadap Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bagi membincangkan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Malah, kata Amirudin, tindakan susulan berhubung kejadian itu juga akan dibuat sebaik saja keputusan dicapai dalam mesyuarat petang ini.
"Hari ini saya telah memanggil mesyuarat MKN di samping akan melihat beberapa perkembangan terbaru supaya dapat memastikan keadaan dan ketenteraman awam dapat dikembalikan di kawasan terbabit.
Tindakan Selangor Terhadap Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman
"Insya-Allah selepas ini akan ada beberapa tindakan susulan akan diambil oleh pihak keselamatan untuk mengembalikan keadaan kenteraman di kawasan itu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, sebentar tadi. - malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "Tindakan Selangor Terhadap Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman"
Posting Komentar