Loading...

[Video BAIKI PRESTASI jika mahu terus jadi menteri] Kepimpinan PH Perak didesak siasat dakwaan exco kerajaan komplot jatuhkan MB.

Loading...
Isnin, 26 November 2018
Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses and text
Kepimpinan PH Perak didesak siasat dakwaan exco kerajaan komplot jatuhkan MB

Kepimpinan PH Perak didesak siasat dakwaan exco kerajaan komplot jatuhkan MB
Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak.

Ketua Armada Bersatu Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan jika benar tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak terbabit dengan memecat atau menggugurkannya dari exco kerajaan negeri selain tindakan disiplin diambil oleh kepimpinan parti.

Katanya, tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dengan berkomplot bersama Adun pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Semalam, media melaporkan Umno Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UmnoPerak Datuk Saarani Mohamad dan mendakwa rancangan itu hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima Adun Barisan Nasional supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di Dun.-BERNAMA.

malaysiadateline.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video BAIKI PRESTASI jika mahu terus jadi menteri] Kepimpinan PH Perak didesak siasat dakwaan exco kerajaan komplot jatuhkan MB."

Posting Komentar