Loading...
GEGARAN DI JERAI.
Umno Jerai di gegarkan dengan pengumuman Dato Dr Ku Rahman keluar meninggalkan Umno. Keputusan beliau itu memberi impak besar kepada Umno Jerai yg sememangnya dalam keadaan huru-hara semenjak Dato Suhaimi Abdullah di singkirkan dari menduduki Ketua Umno Bhg Jerai.
Selepas era Dato Suhaimi, Umno Jerai di pimpin oleh tokoh yg tiada asas politik. Anak dewa yg di bawa turun dari kayangan oleh Mantan PM yg lepas, di mahsyurkan sebagai calon Parlimen ,menang bergaya di Jerai dan seterusnya menduduki takhta Ketua Umno Bhg Jerai. Maka bersemayamlah di singgahsana dgn di keliling para juak, hubaya, dalang, nujum serta para pencacai yg setia mencuci taik sehingga menampakkan seperti planta, lalu di sumbat ke mulut akar umbi yg sentiasa ternganga kelaparan.
Sejak itu bermulalah kemelut dalaman Umno Jerai, cantas-mencantas, pijak-memijak semakin rancak berlaku. Adu-domba dan percaturan politik begitu buas. Ini di akui sendiri oleh tokoh-tokoh Umno yg saya temui.
Malaun, Cai, Penjilat, Pengipas mula berperanan membentuk team masing-masing. Kawanan barua politik ini mencatur perjalanan Umno Jerai demi kepentingan tembolok masing-masing. Sengketa dalam kain ini berlegar dalam kepimpinan Umno Jerai, ibarat melepaskan kentut didlm gebar, di tutupi dgn taburan wang-ringgit sehingga semuanya nampak tenang di mata ahli-ahli UMNO akar umbi di Jerai.
Kawanan barua ini mula menjadi kaya raya serta-merta, biarpun ada yg cuba menyembunyikan eset, muncul dgn lakonan bersahaja di khalayak ahli-ahli akar umbi, namun itu tidak bermakna orang tidak tahu apa yg sedang mereka lakukan.
Keputusan Dato Dr Ku Rahman dilihat sangat tepat buat masa ini. Malah tokoh-tokoh veteran UMNO di Jerai dikatakan sedang menyimpan kuku masing-masing sambil mengintai dari jauh.
Apa pun saya lebih berminat untuk menyaksikan permainan dan rentak tari, lompat gedik golongan para Juak, Hubaya dan Pencacai Umno di Jerai. Bagi saya ianya lebih menarik dari cerita Dato Dr Ku Rahman keluar UMNO.
KL dinobat Ibu Kota Buku Dunia Unesco 2020
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menunjukkan watikah yang diterima Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia dari wakil Unesco, Ian Denison.
Kuala Lumpur akan melakar satu lagi sejarah baharu sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Sejarah baru itu menuruti kota Sharjah, UAE yang menjadi Ibu Kota Buku Dunia 2019.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad, sejarah baharu ini menandakan Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah bandar raya yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada aktiviti perbukuan, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca.
“Malah ini bermaksud juga bahawa kita mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota yang ada roh dan kota yang ada keprihatinan terhadap pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 di DBKL hari ini.
Dengan slogan “KL Baca Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan”, Kuala Lumpur akan menggerakkan gelombang pembacaan dan gelombang keprihatinan melalui pengupayaan buku mulai 23 April 2020 sehingga 22 April 2021.
MD.
Loading...
0 Response to "[Video Fahmi Fadzil 'BASUH' MP Umno ''Sekarang Lantang, Dulu Diam!''] GEGARAN DI JERAI, Umno semaskin tenat? KL dinobat Ibu Kota Buku Dunia Unesco 2020."
Posting Komentar