Loading...

[Video Mungkin akan datang silap-silap Pas, Umno nanti yang minta Icerd] PINDA Laporan PAC..Shukry Mohd Salleh DISINGKIRKAN sebagai Pengerusi Bank Rakyat serta merta! 'Rusuhan di kuil'-Jumlah tangkapan meningkat kepada 21 orang.

Loading...
Selasa, 27 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Tukang pinda laporan PAC merangkap rakan subahat.
TERKINI..
Kementerian Pembangunan Usahawan mengumumkan penyingkiran Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi, Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta merta.

Jumlah tangkapan meningkat kepada 21 orang

Kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights menyaksikan jumlah tangkapan meningkat kepada 21 individu setakat ini, berbanding 17 orang semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaru menyaksikan dua lelaki ditahan lewat petang semalam manakala dua lelaki lagi ditahan awal pagi tadi dan kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan kuil tersebut.
“Dua suspek yang ditahan pagi tadi ditahan bersama senjata parang yang ditemui di dalam kenderaan yang mereka naiki. Kesemua suspek yang ditahan akan direman dari semasa ke semasa bermula hari ini,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, hari ini.
Menurut Mazlan, dalam rusuhan yang tercetus awal pagi tadi seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Subang Jaya mengalami kecederaan selepas diserang ketika sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di luar kawasan kuil berkenaan.
Ditanya sama ada pihak polis akan menutup laluan di sekitar kuil berkenaan, Mazlan tidak menolak kemungkinan itu, namun akan membincangkannya dengan pihak berkaitan terlebih dahulu berikutan ia adalah laluan utama yang digunakan oleh penduduk sekitar.
Mazlan turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian rusuhan itu dan suspek terlibat supaya menghubungi balai bolis berhampiran atau Hotline IPK Selangor di talian 012-600999.
- Bernama
Mk.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Mungkin akan datang silap-silap Pas, Umno nanti yang minta Icerd] PINDA Laporan PAC..Shukry Mohd Salleh DISINGKIRKAN sebagai Pengerusi Bank Rakyat serta merta! 'Rusuhan di kuil'-Jumlah tangkapan meningkat kepada 21 orang."

Posting Komentar