Loading...
Sama-sama kita nantikan keputusan pihak pendakwa raya samada mahu dakwa Anggota Parlimen dari Perlis tersebut atau tidak.
InsyaAllah, manusia hanya pandai merancang tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa menentukan segala2nya..
InsyaAllah, manusia hanya pandai merancang tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa menentukan segala2nya..
Siasatan cabul babit MP akan dihantar kepada pendakwaraya - IGP
Kertas siasatan kes seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perlis akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata pihak polis telah mengambil keterangan Anggota Parlimen itu dua hari lepas.
“Kertas siasatan yang lengkap berhubung dakwaan cabul melibatkan Anggota Parlimen ini akan kita serahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM hari ini.
Selasa lepas, media melaporkan Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman telah merakamkan keterangan Anggota Parlimen dari Perlis itu selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada pendakwa raya berhubung kes pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, pada 8 Sept lepas.
"Kita sudah serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada pendakwa raya dan masih menunggu jawapan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada 11 Sept lepas, polis telah menahan bekas pegawai Mohd Azis itu bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
- Bernama
Mk.
Loading...
0 Response to "[Video Murder in Malaysia - Altantuya Shaariibuu & Siapa 'Big Boss' yang ditemuinya di KL?] Siasatan cabul babit MP akan dihantar kepada pendakwaraya - IGP & Sama-sama kita nantikan samada mahu dakwa Anggota Parlimen dari Perlis tersebut atau tidak."
Posting Komentar