Loading...

[Video Rusuhan di Kuil: Mujahid gesa henti keluar kenyataan, provokasi] Dr M: Orang luar dalang rusuhan di kuil & Adib dipindahkan ke IJN.

Loading...
Rabu, 28 November 2018

Dr M: Orang luar dalang rusuhan di kuil

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata rusuhan yang berlaku berhampiran kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya didalangi orang luar.
Mahathir berkata demikian sebagai menegaskan bahawa rusuhan berkenaan tidak melibatkan perbalahan antara kaum.
"Ini bukan soal orang Melayu lawan orang India. Ini masalah orang itu datang dari tempat lain. Bukan penduduk tempatan. Ada orang jadi dalang di belakang," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Akademik Negara ke-12 di Putrajaya.
Sementara itu, diminta mengulas rancangan kerajaan dalam mengangani isu pemindahan tapak rumah ibadat pada masa akan datang, Mahathir memberi jaminan ia tidak akan terjadi lagi.
"Masa depan takkan berlaku (perkara seumpamanya). Kita ada cara untuk mengelakkan perkara serupa berlaku," katanya tanpa mengulas lanjut.
Pada awal pagi 26 Oktober, kekecohan berlaku selepas sekumpulan individu menceroboh kuil Sri Maha Mariamman.
Kuil yang berusia lebih 100 tahun itu dijadual untuk dipindahkan pada 22 Nov lalu selepas pemaju One City Development Sdn Bhd mendapat persetujuan penghakiman mahkamah.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan.
Awal pagi ini, rusuhan tercetus sekali lagi sehingga menyebabkan seornag anggota bomba perubatan cedera parah.
Setakat ini polis telah menahan 21 individu. Dalam tangkapan terbaru, dua suspek ditahan bersama parang yang ditemui dalam kenderaan yang dinaiki, menurut polis.
Sebanyak 23 kenderaan rosak dan dibakar, termasuk sebuah lori bomba yang dirosakkan oleh perusuh. 
Mk.

Adib dipindahkan ke IJN

Anggota bomba, Muhammad Adib Muhammad Kassim yang cedera parah dalam insiden rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman awal pagi Selasa, dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memaklumkan perkara itu pada sidang media 11.20 malam tadi.
"Doktor-doktor sudah bincang dengan pakar IJN dan sudah melihat keadaan mangsa. Mereka membuat keputusan untuk memindahkan Adib ke IJN malam ini.
"IJN ada satu peralatan, satu-satunya di Malaysia yang boleh memberi sedikit rawatan tambahan untuk memasukkan lebih oksigen dalam paru-parunya dengan harapan pemulihan yang lebih cepat," katanya selepas melawat Muhammad Adib di Pusat Perubatan Sime Darby.
Kenderaan ambulans IJN dilihat meninggalkan hospital berkenaan pada pukul 11.30 malam.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohammad Hamdan Wahid sebelum ini memaklumkan bahawa paru-paru Adib tertusuk tulang rusuknya.
Muhammad Adib, 24, berada di van bomba perubatan ketika perusuh membaling objek ke arah lori bomba dan van yang dinaikinya.
Beliau kemudian diheret keluar dan dipukul oleh perusuh. Rakan sekerja Muhammad Adib yang memandu van meninggalkan kawasan berkenaan tanpa menyedari situasi yang berlaku.
Muhammad Adib kemudian dibawa ke hospital oleh orang awam.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Rusuhan di Kuil: Mujahid gesa henti keluar kenyataan, provokasi] Dr M: Orang luar dalang rusuhan di kuil & Adib dipindahkan ke IJN."

Posting Komentar