Loading...

[Video Saya amat terkejut dan dukacita, anggota BOMBA PARAH dipukul perusuh di kuil Sri Maha Mariamman] Bomba buat kerja baik tapi dibalas serangan ganas.

Loading...
Selasa, 27 November 2018

Anggota bomba parah dipukul perusuh

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cedera parah selepas diserang sekumpulan orang yang berkumpul berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
Difahamkan anggota keluarga dan tunangnya menemani anggota JBPM terbabit.
Malam tadi Malaysiakini menyaksikan petugas JBPM diserang ketika mereka tiba bagi memadamkan kebakaran berhampiran kuil berkenaan.
Menurut Harian Metro Muhammad Adib ialah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ditempatkan di balai Subang Jaya.
Dia dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Kenderaan terbabit juga dilaporkan rosak dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

Bomba buat kerja baik tapi dibalas serangan ganas

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengecam tindakan perusuh memukul anggota bomba di sebuah kuil di Subang Jaya awal pagi tadi dan menganggapnya keterlaluan.
Kata Zuraida juga meluahkan rasa kecewanya dan mempersoalkan ke mana hilangnya rasa hormat pihak terbabit terhadap anggota bomba yang selama ini mencurahkan bakti kepada rakyat dalam pelbagai situasi.
“Kami kecewa kerana anggota bomba dicederakan.
"Dalam apa-apa situasi kecemasan - banjir, kebakaran, atau pembunuhan - anggota bombalah yang dipanggil.
“Kerja bomba yang tak mendapat pengiktirafan, tapi mereka tak dihormati, (mereka) turun untuk membantu tetapi dipukul dan dicederakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di parlimen hari ini.
Pada kira-kira jam 1 pagi tadi, petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dilaporkan diserang ketika tiba bagi memadamkan kebakaran berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.
Anggota bomba terbabit dilaporkan cedera parah selepas ditarik keluar dan dipukul oleh perusuh berhampiran kuil tersebut.
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Sime Darby (dahulu Pusat Perubatan Subang Jaya). 
Kata Zuraida, siasatan terperinci haruslah dilakukan dan pihak yang keterlaluan perlu diambil tindakan tegas.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat rusuhan yang tercetus sejak semalam sepatutnya boleh dielakkan jika rundingan awal dilakukan melibatkan semua pihak yang terlibat.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Saya amat terkejut dan dukacita, anggota BOMBA PARAH dipukul perusuh di kuil Sri Maha Mariamman] Bomba buat kerja baik tapi dibalas serangan ganas."

Posting Komentar