Loading...
Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang.
Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam.
Melayu akan jadi tidak waras dan akan percaya bulat-bulat, akan tidak perlu selidik fakta atau sumber berita, akan percaya habis-habis dan tidak perlu tahu hujung pangkal; yang jahat memang Cina, Kristian, DAP, India, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Sekarang pula kita kena tambah senarai hitam musuh ketat orang Melayu yang disarankan seorang mufti seperti P Waytha Moorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran dan V Ganavaritsu. Nasib baik Karpal Singh dah meninggal dunia, kalau tidak tsunami terjadi pun boleh dipersalahkan orang tua tu! Itulah lojik Melayu yang saya analisa.
Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini. Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja.
Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi. Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka.
Apa jawatan mereka?
Guru sekolah menengah, guru besar, profesor madya, profesor VK7-6-5, arkitek, jurutera, pegawai tinggi GLC, pegawai eksekutif dan doktor. Bukan calang-calang pendidikan, tuan-tuan. Semuanya extra hebat belaka.
Tapi fikiran? Macam tak sekolah tinggi pun. Percaya bulat-bulat, tunggang langgang dan habis-habis. Sebab? Nak menegak ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Dosa fitnah? Tak kisahlah. Dosa mencerca? Sikit saja. Dosa menyampai-nyampai? Tak ada hal punya beb. Apa nak jadi dengan orang Melayu macam ini saya pun tak tahu. Negara kita ni bakal hancur dengan Melayu yang tak boleh nak urus emosi dan berfikiran rasional.
Tengoklah kes Kuil Seafield dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim. Waytha dituduh tak semena-mena. Kenapa tuduh dia bertanggungjawab? Dia pukulkah? Polis kata samseng yang pukul. Dia arah kah? Polis kata mungkin One City punya lawyer bagi upah.
Belum tahu lagi sebab penyiasatan tak habis. Tetapi orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp mempunyai “karamah” dan ilmu ghaib. Tak payah siasat. Tak payah soal suspek. Tak payah “post mortem”. Waytha salah. Dia perlu dipecat serta merta dan dihadapkan ke mahkamah.
Boleh kita gantung dia minggu depan hari Jumaat? Begitu fikiran kaumku, orang Islam seagamaku. Malu saya dengan kawan-kawan bukan sekaumku, bukan seagamaku. Di mana nak sorok batang hidungku?
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menulis satu bab kegemaran saya. Tajuknya adalah Bencana Lisan. Kitab panjang lebar ini diringkaskan oleh seorang hamba Allah dan dibukukan dalam buku berjudul Bimbingan Mukminin. Dalam lebih 100 buku yang saya baca tentang Islam, ini adalah buku “favourite” saya. Saya khatam “cover-to-cover”.
Dalam bab Bencana Lisan, Imam Al-Ghazali menukilkan 20 bencana lidah kita yang bakal mengheret kita ke neraka. Tak kiralah kita dah pergi haji 4 kali, umrah 12 kali, lidah kita yang menginterpretasi maklumat berita dan cerita bakal menjerumus kita ke api neraka jahanam. Saya amat takut dan berhati-hati dalam tulisan dan cakapan saya setelah membaca kitab itu.
Pernahkah orang Melayu yang bukan ustaz atau ustazah menatap kitab ini? Saya berani kata kalau tanya 50 orang Melayu, mereka akan kata mereka tak pernah dengar pun kitab ini. Kalau tanya 100 Melayu ada kemungkinan yang kata pernah dengar tapi tak pernah beli. Kalau tanya 200 orang Melayu kemungkinan ada yang membeli tapi tak tahu simpan di mana. Kalau tanya 400 Melayu mungkin jawapan yang ada adalah pernah beli, ada kat rak buku tapi takut nak baca sebab ustaz kata kalau baca buku sendiri kita jadi sesat.
Minda kritis orang Melayu setakat itu saja. Mereka suka dengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim Elias, Ustaz Zamihan Mat Zin dan Ustaz Mat Don. Buat apa nak baca? Tanya ustaz sajalah.
Kalau ustaz kata Ramasamy salah, maka salah Ramasamy lah tu. Kalau mufti yang ada PhD kata Waytha tu orang jahat maka jahatlah Waytha tu. Tak payah bukti, tak payah hujah panjang. Dua-dua mereka Hindu.
Orang Hindu memang sembah berhala dan pakai sistem kasta. Zakir Naik pun cakap macam tu. Tapi Zakir Naik bukan ustaz. Tak apa, dia pandai cakap orang putih dan pandai ilmu agama Hindu. Kalau dia cakap dia memang betul dan tak ada yang salah.
Dari orang Melayu jual goreng pisang sampai Pak Profesor mendokong Zakir, Azhar Idrus, Zamihan, Datuk Seri Hadi Awang dan siapa-siapa lagi yang pandai cakap Arab, serban besar, jubah panjang, selendang pula “style” Akil Hayy.
Kenapa orang Melayu suka sangat percaya pada fitnah dan dongeng WhatsApp? Tak takutkah pada dosa? Kenapa perlu takut? Tak pernah pun dengar khutbah Jumaat kata percaya kat WhatApp tu berdosa. Tak ada dalam kitab lama pun tentang bencana Instagram, WhatApp, Facebook atau Twitter. Maka itu tak berdosalah. Lagi pula kalau tersilap pun, kita nak jaga kedaulatan Melayu dan Islam. Perjuangan suci kononnya.
Aduhai, kesian orang Melayu, kata Datuk Ismail Kamus selalu. Beliau pernah berpesan, “Kita harus membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul”. Kata-kata hikmat itu saya pegang sehingga hari ini. Kita umat Islam harus ada integriti. Kita perlu menilai maklumat, cerita dan berita dengan kritis, jika tidak, kita tumpang sekaki di neraka nanti.
Bagaimana berfikiran kritis? Ada 4 perkara perlu ditanya untuk memastikan sesuatu berita, cerita dan maklumat itu kemungkinan besar sahih atau tidak.
Pertama, tahukan sumber berita itu. Tanya di mana berita ini didapati. Siapa penulis? Di mana ia diterbitkan? Perlu ada nama penuh penulis, walaupun penulis itu menggunakan nama samaran. Perlu tahu di mana ia diterbitkan. Sinar Harian kah, Berita Hariankah dan sebagainya. Kalau Facebook, Instagram, Twitter, semua tak boleh pakai. Sebabnya? Tidak ada penyunting berita dan cerita. Tidak ada editor yang bertanggungjawab.
Kedua, tanyakan apakah cerita keseluruhannya? Jangan reaksi apabila dengar India pukul Melayu. Lepas tu pergi demonstrasi di Dataran Merdeka. Mungkin Melayu kacau anak dara India maka dia kena belasah. Itu cerita penuhnya. Kebanyakan orang Melayu suka dengan sekerat cerita, bukan separuh pun, sekerat. Orang Melayu hebat, ada firasat dan ilmu ghaib jin. Maklumat sekerat dia boleh jadikan satu buku ceritanya. Tak boleh macam tu. Tidak kritis namanya. Tahu cerita sepenuhnya sebelum bertindak.
Ketiga, apa niat pembawa cerita, penulis isu dan pembawa bicara? Kalau dia boleh untung dari berita itu kerana dia parti lawan maka itu ada “conflict of interest” atau konflik kepentingan peribadi. Kena cuba teka-teka niat orang yang tulis. Mungkin dia nak bodek supaya dapat jadi menteri atau dapat projek atau menang pilihan raya.
Kempat, rujuk sumber lain tentang isu dan berita yang sama.
Sekali-sekala tu tengok dan baca Roketkini. Ini Roketkini pun tak tahu binatang apa, tahu DAP juga yang salah. Cuba rujuk FMT atau Malaysiakini, jangan asyik baca Kosmo, Sinar Harian atau Utusan Malaysia berkurun-kurun sampai cucu pun dah nak masuk universiti.
Itulah dia empat petua nak tahu cerita sahih ke tak sahih dan petua nak lindung dari kita tersadai di neraka. Tak laku solat kita, puasa kita, haji kita dan sedekah kita. Lidah kita melalui WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twiter menjunamkan masa depan kita di dunia dan di akhirat.
Nasib-nasib kena tangkap polis menyebar berita palsu. Dunia pun terbang akhirat entah ke mana. Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. - Tajudin Rasdi, fmt
Shahidan's formula "A Malay Kingdom" plot to kickout PKR,DAP allowing Dr.M to stay in power indefinitely...
A Perlis UMNO leader who is being prosecuted in court on charges of molesting an underaged girl, Shahidan Kassim said Tun Mahathir Mohamad could continue to retain his powers as Prime Minister even if PKR and DAP leave Pakatan Harapan.He said that with the exit of PKR and DAP, Tun Mahathir was still able to maintain power through the support of Malay and Bumiputera MPs.
Taking into account all Umno MPs, PAS and from Sabah and Sarawak to support Tun Mahathir, Shahidan, who is also Arau MP, said the PM’s support would still be strong coming from a total of 129 MPs.
His count of 129 seats is based on a total of 221 MPs (not counting Cameron Highland which is due to have a by-election on January 26) excluding the 50 parliamentary seats held by PKR and 42 more by DAP.
In other words, under Shahidan’s formula or idea, the new government that will be formed will in really be a Malay and Bumiputera kingdom that has abandoned almost all non-Malay support, except for one MCA Member of Parliament and one MIC Member of Parliament (not including Cameron Highlands).
The question is how realistic is Shahidan’s formula or is it born out of personal interest to escape the molest case he’s facing?
Are all the Malay and Bumiputera MPs ready to support Tun Mahathir? In UMNO itself, would MPs like Najib Razak, Zahid Hamidi, Nazri Aziz and others be ready to give support?
The crux of Shahidan’s proposal to create a Malay and Bumiputera government and leave out the Chinese and Indians, is very dangerous for a multi-racial country like Malaysia.
His proposal reeks not only of intrigue tainted by personal interests, but is racist and opens the door to great danger towards disunity and disharmony in the country’s society.
Unless Tun Mahathir is no longer the Tun Mahathir we know who has contributed to Malaysia, it seems that it is impossible for Shahidan’s suggestion to be accepted positively by him.
During his 22 years in power and in his latest success in overthrowing UMNO-BN at the recent elections, it was because he never abandoned the support of the non-Malays.
For Tun Mahathir, it does not matter if Malays are split, he is still able to retain power or overthrow the government if the majority of non-Malay supporters are still in favor of him.
Therefore, besides having to go back to the drawing board for more fruitful suggestions to bring UMNO back into power or to save himself, it is also good idea that Shahidan readies himself to face his trial scheduled early next year. - mk
"In other words, under Shahidan’s formula or idea, the new government that will be formed will in really be a Malay and Bumiputera kingdom that has abandoned almost all non-Malay support, except for one MCA Member of Parliament and one MIC Member of Parliament (not including Cameron Highlands).
The question is how realistic is Shahidan’s formula or is it born out of personal interest to escape the molest case he’s facing? Are all the Malay and Bumiputera MPs ready to support Tun Mahathir?
In UMNO itself, would MPs like Najib Razak, Zahid Hamidi, Nazri Aziz and others be ready to give support?
The crux of Shahidan’s proposal to create a Malay and Bumiputera government and leave out the Chinese and Indians, is very dangerous for a multi-racial country like Malaysia.
His proposal reeks not only of intrigue tainted by personal interests, but is racist and opens the door to great danger towards disunity and disharmony in the country’s society." - f/bk
I thought he more interested on baby formula?
Khairuddin challenges TMJ to
abdicate and join politics...
Amanah member Khairuddin Abu Hassan has challenged Johor crown prince Tunku Ismail Sultan Ibrahim to relinquish his claim to the throne and take part in politics.
"Your Highness, if you feel that you are great at politics and like to make political statements, I humbly advise that you relinquish your crown and enter the political arena full time.
"Your Highness should follow the praiseworthy footsteps of Tengku Razaleigh Hamzah and Tengku Azlan Sultan Abu Bakar who are involved as full-time politicians," Khairuddin said in a statement today.
He said Tunku Ismail should not hide behind royal immunity to protect himself for criticism from the public.
Only birthday wishes.Just say thanks.But to say this?
The Johor crown prince often makes politically flavoured remarks on social media.
Prior to voting in the 14th general election, he had made veiled swipes at Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad, who is now prime minister.
He also often takes jabs at Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Khairuddin said Tunku Ismail making political remarks can reflect badly on the royal institution.
"I am worried the people will no longer respect the palace," he said. - mk
Ampun Tuanku,
Sekiranya tuanku rasa tuanku hebat berpolitik dan gemar buat kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik dengan rendah hati serta penuh tawadduk ingin sarankan kepada tuanku untuk turun takhta seterusnya libatkan diri dalam arena politik secara penuh masa!!
Tuanku harus ikut jejak langkah mulia dan terpuji ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan sir abu bakar yang mencemar duli melibatkan diri sebagai tokoh politik sepenuh masa!!
Tuanku jangan berada di atas takhta serta berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat marhein akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab tohmahan tuanku secara kritis!!
Perlembagaan dan undang-undang melindungi tuanku dari menerima kenyataan-kenyataan kritis dari rakyat jelata di peringkat akar umbi!!
Bagi patik ianya amat kurang enak kerana tuanku boleh kritik rakyat marhein tetapi rakyat marhein tidak boleh mengkritik tuanku kerana keistimewaan perlembagaan untuk memagari tuanku!!
Sekiranya tuanku masih terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik amat risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana!!
Sesungguhnya, tuanku amat bijak pandai dan kemungkinannya berpendidikan tinggi!!
Lupakah tuanku bahawa negara kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan” yang melarang raja-raja melayu terbabit dengan politik?!
Janganlah tuanku senantiasa serta secara berterusan mengungkapkan kenyataan-kenyataan politik yang amat tidak manis didengari oleh rakyat jelata kerana kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan!!’
Tetapi seandainya tuanku rasa hebat berpolitik; turunlah dari takhta secara terhormat agar tuanku boleh terus mengkritik tokoh-tokoh pemimpin kerajaan seterusnya pula rakyat pun boleh mengkritik tuanku secara terbuka!!
Teladani lah jejak langkah ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan shah sir abu bakar!!
Jejak langkah ini barulah tuanku akan lebih dihormati dan dipandang mulia oleh sekalian rakyat marhein!!
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
28 Disember 2018
cheers.
Loading...
0 Response to "Bolehkah Melayu berfikiran kritis..."
Posting Komentar