Loading...
Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands Adalah. DAP Pahang mencadangkan peguam M Manogaran bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands dijadualkan pada 26 Jan.
Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah berkata, Manogaran calon terbaik kerana beliau sudah bekerja dengan pengundi kawasan Parlimen itu sejak 2013.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Dis calon DAP akan diletakkan di situ memandangkan parti tersebut bertanding untuk kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands Adalah
Bulan lepas, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangn calon Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu kerana didapati wang digunakan semasa kempen untuk membeli undi,
C Sivarraajh, dari MIC yang memenangi kerusi itu berkata, beliau tidak akan mencabar keputusan Mahkamah Pilihan Raya dan Barisan Nasional (BN) akan lawan dalam PRK tersebut.
Sivarraajh menang dengan majoriti 567 undi. Beliau mendapat 10,307 undi, Manogaran (9,710), Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587), B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (680), dan Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81).
Manogaran fail petisyen pada Jun lalu mohon mahkamah membatalkan keputusan itu memandangkan Sivarraajh didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menyogok pengundi Orang Asli.
Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands Adalah
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan terdapat 32,009 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Cameron Highlands. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "Calon Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands Adalah.."
Posting Komentar