Loading...

#Lencun50 :Masih ingat kah FITNAH sebelum PRU14 negara akan bangkrap?

Loading...
Sebagaimana manifesto bukan kitab, PH juga banyak menabur fitnah sebelum PRU14 kononnya keadaan ekonomi Malaysia adalah sangat teruk di bawah BN untuk tempoh 10 tahun yang lalu ini.

Selepas menang, mereka juga terus menggunakan propaganda bahawa ekonomi Malaysia telah hancur di bawah BN sebagai alasan bagi menutup kegagalan untuk menepati manifesto dan untuk menyembunyikan fakta bahawa ekonomi Malaysia semakin menurun di bawah pentadbiran mereka.


Graf-graf yang saya kongsikan di sini ialah dari Bank Dunia dan jelas menunjukkan prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik dan bertambah baik bagi tahun-tahun kebelakangan ini sehingga tahun 2017, berbanding negara-negara jiran termasuk negara-negara yang digelar ekonomi harimau Asia.


Sebenarnya, Malaysia tidak pernah diberi gelaran sebagai harimau utama Asia pada masa PM ke-4. Gelaran ini diberikan kepada 4 negara sahaja, iaitu Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan yang pesat membangun pada 1990an. 


Pada masa itu, Malaysia hanya digelar sebagai anak harimau (ataupun tiger cub) bersama Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.


Jika kita lihat graf berikut, pertumbuhan KDNK negara kita untuk tahun-tahun kebelakangan ini jauh lebih tinggi berbanding 4 harimau utama.  


Di dalam  tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik itu


Bermula dari 2012, pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi dari Singapura setiap tahun - iaitu untuk 7 tahun berturut-turut.


Disebalik semua propaganda PH, kebenarannya ialah kerajaan BN dahulu telah mewariskan kepada mereka sebuah ekonomi dalam keadaan yang baik dan bertambah baik sehingga PRU14.


Malangnya selepas PRU14, ekonomi kita semakin menjunam. 


Unjuran ekonomi negara kita berulangkali diturunkan oleh Bank Dunia dan pakar-pakar ekonomi yang lain.


Sebagai contoh, unjuran syarikat penarafan antarabangsa Moody's ialah pertumbuhan ekonomi Malaysia hanya 4.4% tahun depan dan menurun lagi ke 3.6% untuk tahun 2020 - jauh rendah berbanding 5.9% untuk tahun 2017 di bawah BN.


Pertumbuhan kita lebih tinggi berbanding negara Indonesia dan Thailand, pada tahun 2017 tetapi kita mungkin ditinggalkan oleh negara-negara jiran untuk tahun-tahun yang akan datang jika kita mengikut unjuran pakar.-pakar ini.


Saya harap rakyat tidak akan ditipu lagi oleh propaganda dan alasan mengenai ekonomi dari PH pada masa hadapan.


BN tidak pernah memberi "dedak" kepada Bank Dunia untuk mengeluarkan fakta-fakta ini.


Oleh : Najib Razak     #CelahGelegar 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "#Lencun50 :Masih ingat kah FITNAH sebelum PRU14 negara akan bangkrap?"

Posting Komentar