Loading...

Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar

Loading...
Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar. Penyingkiran bekas pengerusi DAP Selangor, Tony Pua daripada jawatankuasa negeri itu “sudah dijangkakan ramai” kerana beberapa keputusannya untuk parti itu “tidak boleh diterima” golongan veteran, kata penganalisis politik.

Prof James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, kekalahan Pua sudah diramalkan media Cina.

Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar. “Ahli lama DAP sangat berpusatkan Cina dan tidak suka perubahan yang dibawakan pemimpin baharu seperti Pua,” katanya merujuk keputusan Pua pada 2008 untuk membuka parti itu kepada lebih ramai profesional bukan berbangsa Cina.

Beliaut turut merujuk kesungguhan Pua melatih ahli DAP yang tidak berpendidikan Cina untuk menjadi pemimpin parti itu.

“Mereka (veteran) masih hidup dalam cara pemikiran lama. Ia adalah perpecahan lama antara asas Cina dan mereka yang mahu membawa DAP ke arah berbilang kaum. Ia bukan di Selangor sahaja, negeri lain juga berdepan masalah sama.

“Ada orang lama yang berpendidikan Cina dan mereka tidak suka pemimpin berpendidikan barat yang tidak mempertahankan budaya dan bahasa Cina.”

Ahad lalu, Pua yang tidak mempertahankan jawatan pengerusi negeri, hanya mendapat 292 undi, tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.

Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar


Chin menggesa penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi perhatian terhadap trend itu.

Katanya, jika mereka tidak membawa DAP ke arah berbilang kaum, parti itu akan mempunyai masa depan terhad dan hilang popularitinya.

Daripada keseluruhan 724 undi yang diperolehi dalam Konvensyen DAP Selangor 2018, Exco Selangor, Ng Sze Han meraih undi terbanyak, iaitu 491 undi, diikuti Tiew Way Keng (463 undi) dan Ronnie Liu (442 undi).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mendapat 393 undi, dipilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin memberi sokongan kepada Pua. Kedua-dua menteri itu menyertai politik pada dekad lalu atas dorongan Pua.

Bagaimanapun, pakar geostrategi politik, Dr Azmi Hassan dari Sekolah Perdana di Universiti Teknologi Malaysia berkata, “agak pelik” Pua yang merupakan setiausaha politik Guan Eng tersingkir daripada Jawatankuasa DAP Selangor.

Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar


Katanya, Pua sepatutnya dipilih menganggotai jawatankuasa itu sebagai “tanda terima kasih” terhadap khidmatnya kepada parti itu.

“Punca paling utama mungkin perwakilan mahu menghantar mesej kepada Guan Eng, wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli DAP berhubung hala tuju DAP di bawah kepimpinannya.

“Ada juga kemungkinan perwakilan berpendapat Pua tidak boleh bekerja dengan Pengerusi DAP Selangor yang baharu, Gobind.

Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar. “Apapun sebabnya, ia agak jelas pengaruh Pua di Selangor dan DAP nasional semakin pudar.” -  free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Punca Tony Pua Tersingkir Pengerusi DAP Selangor Tersebar"

Posting Komentar