Loading...

Syed Saddiq cedera jatuh motor

Loading...


Kecederaan di muka dan kaki kanan akibat jatuh motor tidak menghalang Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap hadir ke pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-2 di Putrajaya, hari ini.

Katanya, akibat kecederaan itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Siti Hasmah Mohamed Ali agak marah kerana beliau tidak berhati-hati.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Katanya lagi, Doktor yang merawatnya sudah berpesan supaya beliau lebihkan berehat selepas insiden berkenaan.

Syed Saddiq yang hadir dengan wajah berbalut dan berjalan secara terhincut-hincut mencuri perhatian ahli Bersatu yang hadir ke perhimpunan tersebut. - MK

#CelahGelegar

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syed Saddiq cedera jatuh motor"

Posting Komentar