Loading...

Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM

Loading...
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Sistem pendidikan di negara ini perlu berubah dan dinamik agar tidak terus terperangkap dengan orientasi peperiksaan.

Malah, sistem yang sama menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang membuktikan masyarakat tidak meyakini dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, berikutan terlalu taksub dengan peperiksaan dan mengejar bilangan gred A, wujud kalangan ibu bapa yang memulakan kelas tambahan dan tuisyen anak-anak sejak di tahun satu sekolah rendah.

Katanya, hal ini menimbulkan isu perkembangan seseorang kanak-kanak yang tidak sihat dan tidak menggembirakan.

“Ini yang dikatakan by passing concept. Ia sama seperti persatuan penduduk yang membuat sistem kawalan keselamatan di kawasan kediaman tersendiri dengan mengupah pengawal warga asing kerana masih tidak meyakini dengan kawalan keselamatan sedia ada. Ini amat merunsingkan.

“Apa yang terbaik pada 1970-an tidak semestinya baik pada hari ini. Di samping yang dapat banyak A dalam peperiksaan, ramai yang dapat keputusan tidak baik. Ada yang sanggup bunuh diri kerana tidak mencapai keputusan peperiksaan yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai Naib Canselor UKM di Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ubah segera sistem pendidikan taksub peperiksaan - NC UKM"

Posting Komentar