Loading...

[Video Naib Presiden MIC tak layak bertanding untuk 5 tahun] Jangan jadikan Manifesto PRU14 yg menjadi faktor kemenangan PH, boleh menjadi faktor kekalahan PH dlm PRU15!

Loading...
Jumaat, 28 Disember 2018
Image may contain: meme and text
Image may contain: text
Otai BERSIH
2 faktor utama Kemenangan PH PRU14, Najib & 1MDB, dan Manifesto PH.
Pru15, tiada lagi faktor Najib & 1Mdb. Jika PH gagal menunaikan Manifesto Pru14, faktor utama kemenangan PH yg lalu, PH akan bermasalah untuk menawarkan Manifesto PH untuk Pru15.
Rakyat 'berterimakasih’ kpd PH kerana berjaya 'memberhentikan Najib & 1Mdb’, tapi Rakyat tetap menagih Manifesto PH.
Hakikat Pentadbiran Najib, antaranya 1Mdb, Felda, Tabong Haji dan lain2 @ penyalahgunaan kuasa & rasuah, kleptokrasi punca utama kantong Negara 'kering’. Hutang Negara mendadak meningkat hingga Rm1trillion. Ini faktor utama Kerajaan PH 'tidak dapat’ memenuhi Manifesto Pru14.
Meskipun alasan itu sangat kuat untuk PH menangguhkan beberapa manifesto nya, ‘Rakyat’ tetap menuntut nya.
Bagi Rakyat kebanyakan, Tol Free dituntut. Satu lagi tuntutan utama, PTPTN. Ini melibatkan kumpulan utama pengundi 'B40 & M40’.
Seperkara yg menjadi perhatian Rakyat adalah 'Pembaharuan’ yg tiada dalam Manifesto PH. Icerd umpamanya!
ICERD adalah perkara yg sudah lama, tapi tiada langsung kedengaran beritanya kpd Rakyat masa BN. Rakyat tidak pernah tahu pun apa itu Icerd masa BN.
Tiba masa PH, 'tiba2’ ia timbul! PH tidak boleh menafikan, ICERD meningkatkan sokongan Melayu-Bumiputera kpd Umno & Pas dgn cukup signifikan. Persepsi Icerd ke atas Melayu PH, Melayu PH bersikap sangat terbuka & liberal yg sentiasa “menerima” tuntutan tertentu.
Begitulah sinopsis ringkasan sejarah 6-7 bulan Pentadbiran PH Pasca Pru14 menutup tirai 2018.
Untuk PH kekal relevan penggal sulung ini, PH perlu berusaha sedaya upaya merealisasikannya Manifesto Pru14 nya, terutama hal yg berkait secara langsung kpd Rakyat spt bayaran Tol, harga barang dan harga minyak, dan PTPTN.
Pada masa yg sama, “perkara2 baru” yg jelas ada impaknya kpd Perlembagaan dan hal ehwal Islam dan Melayu-Bumiputera, PH perlu melibatkan 'engagement’ @ libat-urus Rakyat dengan penuh hikmah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Realitinya, faktor “Najib & 1Mdb” sudah “tidak signifikan” atau “sudah tiada” dlm Pru15 akan datang. “Kesilapan PH” di penggal sulung ini boleh membawa padah!
Jangan jadikan Manifesto Pru14 yg menjadi faktor Kemenangan PH, boleh menjadi faktor Kekalahan PH dlm Pru15.

SPR: Naib Presiden MIC tak layak bertanding untuk 5 tahun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Naib Presiden MIC C Sivarraajh hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun, bermula 13 Disember 2018.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, ia selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Pilihan Raya 30 November lalu - yang membatalkan kemenangan Sivarraajh di kerusi itu pada PRU lalu - serta Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Sivarraajh dalam tempoh lima tahun, dari 13 Disember 2018, tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
"(Beliau juga) Tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya," kata Azhar dalam kenyataan.
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh selepas mendapat berlaku amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan BN.
Sivarraajh mendapat 10, 307 undi untuk menewaskan calon DAP M Manogaran (9,710). Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka. 
mk
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Naib Presiden MIC tak layak bertanding untuk 5 tahun] Jangan jadikan Manifesto PRU14 yg menjadi faktor kemenangan PH, boleh menjadi faktor kekalahan PH dlm PRU15!"

Posting Komentar