Loading...

[Video SIAPA SEBENARNYA JATUH IMEJ ISLAM?] Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin & Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru.

Loading...
Ahad, 30 Disember 2018
Image may contain: one or more people, people standing and text

Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin ditemui pemberita selepas melancarkan AGM Pemuda dan Wanita PPBM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: PPBM memaklumkan permohonan masuk bekas pemimpin Umno selepas kemasukan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali belum diluluskan sehingga hari ini.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang penghijrahan kedua itu dan seterusnya juga perlu melepasi beberapa halangan yang diletakkan seperti yang dipersetujui.

“Mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai ahli politik bebas dan kemudian akan melalui proses tapisan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita PPBM di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Antara pemimpin Umno yang memohon menyertai PPBM selepas Mustapa dan Noor Azmi adalah bekas ketua Puteri Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Setakat ini 12 daripada 16 Ahli Parlimen Umno yang keluar parti selepas pilihan raya umum ke-14 menyokong pentadbiran Dr Mahathir sebagai wakil rakyat bebas.
KDL.

Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedih mendengar aduan bahawa terdapat ketua bahagian yang menghalang bakat baru memegang kepimpinan parti.
Menyifatkan bahawa aduan seumpama itu hanya biasa didengar dari kalangan pemimpin Umno, Mahathir mengingatkan bahawa amalan seperti itu boleh menyebabkan Bersatu menerima nasib sama seperti Umno.
"Saya berasa sedih tentang cerita-cerita bahawa ada ketua bahagian yang menyingkirkan orang yang sudah memegang jawatan dan tak sanggup terima orang baru, pasal kemungkinan orang baru lebih pandai daripada kita, dan jika ada pemilihan takut akan kalah.
"Dalam politik, ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Apabila kalah, kita terima, dan kita lawan sekali lagi. Tetapi untuk menentukan kita tidak kalah, maka kita tidak benar orang lain masuk, kita akan tinggal seorang diri sebagai ketua bahagian yang tiada ahli.
"Apabila itu berlaku, akhirnya parti kita akan hancur, dan dia juga tak akan jadi ketua bahagian lagi. Lihat apa yang jadi kepada Umno, boleh jadi kepada kita," katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 di Putrajaya hari ini.
Jelas Mahathir, sebagai parti dalam kerajaan, anggota parti tetap akan mendapat manfaat.
Namun, katanya, sekiranya hilang kuasa, jawatan paling kanan sekali pun tidak akan meberi apa-apa makna.
mk.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video SIAPA SEBENARNYA JATUH IMEJ ISLAM?] Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin & Dr M: Bersatu akan terima nasib Umno jika pinggirkan orang baru."

Posting Komentar