Loading...
5 Pakar Dilantik Kurangkan Hutang Negara. Kerajaan melantik 5 pakar untuk menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Hutang dan Liabiliti bagi mengurangkan hutang negara dalam 18 bulan, seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019, tahun lalu.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan 5 pakar kewangan, ekonomi dan undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta, di mana mereka akan melapor terus kepada perdana menteri.
5 Pakar Dilantik Kurangkan Hutang Negara. Mereka adalah Ketua Setiausaha Perbendaharan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid, ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, Gooi Hoe Soon, Ketua Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara, Toh Puan Azian Mohd Aziz dan ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti, Faris Rabidin.
“Jangka masa yang diberikan kepada jawatankuasa ini untuk mencapai objektif tersebut adalah selama 18 bulan,” kata kenyataan tersebut.
5 Pakar Dilantik Kurangkan Hutang Negara
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu mengulangi hutang kerajaan mencecah RM1 trilion yang merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung kerajaan persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain, termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Katanya, hutang dan liabiliti sebenar kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1.065 trilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu.
5 Pakar Dilantik Kurangkan Hutang Negara
Lim turut dilapor mendedahkan kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "5 Pakar Dilantik Kurangkan Hutang Negara"
Posting Komentar