Loading...
JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH | Berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, Kuantum Simpanan Asas (basic saving table) dinaikkan daripada RM 228,000 kepada RM 240,000. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun. Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun seseorang.
Sumber: http://www.kwsp.gov.my/
Gambar di atas menunjukkan simpanan asas mengikut umur ahli KWSP.
Ahli KWSP perlu mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk melayakkan mereka menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP ke dalam unit amanah.
Simpanan Asas akan digunakan sebagai panduan untuk ahli-ahli untuk menentukan jumlah yang dibenarkan untuk dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini. Kelayakan pengeluaran yang melebihi Simpanan Asas daripada Akaun 1 untuk melabur di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah kekal 30% seperti sebelumnya.
Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP
Situasi 1
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 24,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 24,000 – RM 18,000 = RM 6,000
RM 6,000 x 30% = RM 1,800
Kelayakan
Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 1,800.
Situasi 2
Anda berumur 25 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 19,000.
Cara pengiraan
(Baki Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
RM 19,000 – RM 18,000 = RM 1,000
RM 1,000 x 30% = RM 300
Kelayakan
Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.
Jadi sekiranya anda layak, apa tunggu lagi. Inilah masanya yang sesuai untuk anda bertindak sebelum terlambat.
P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP anda di tempat yang sewajarnya! Waktu terbaik untuk merancang simpanan adalah pada 10 tahun yang lepas dan waktu kedua terbaik untuk merancang simpanan pula adalah sekarang. Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Jika Berminat, untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi: 0182266623 (En.Mawardi).
Loading...
0 Response to "JADUAL BARU 2019 AKAUN 1 KWSP UNTUK KELAYAKAN PELABURAN DI UNIT AMANAH"
Posting Komentar