Loading...

Kemelut Dan Kejutan Di Perlis

Loading...
Kemelut Dan Kejutan Di Perlis. Ibu pejabat parti hanya mengambil alih tugas kepimpinan PPBM Perlis sehingga masalah dalamannya diselesaikan, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya dan kepimpinan tertinggi telah buat keputusan supaya kita mengambil alih untuk seketika dan langkah-langkah sudah dimulakan.

“Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya juga datang sini berjumpa dengan pihak terlibat,” katanya dalam sidang media selepas menjadi panel Kongres Melayu Perlis di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang disiarkan secara langsung di Facebook PPBM hari ini.

Kemelut Dan Kejutan Di Perlis. Kemelut dalaman PPBM Perlis bermula apabila Setiausahanya, Wan Saiful Wan Jan digugurkan daripada barisan kepimpinan negeri atas alasan kesihatan dan untuk beliau memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Tetapi, Wan Saiful mendakwa beliau digugurkan atas faktor lain membabitkan krisis integriti barisan kepimpinan negeri.

Susulan itu, PPBM pusat memutuskan untuk mengambil alih pengurusan parti negeri itu mulai 10 Januari lalu.

Pengerusi PPBM Perlis, Ameir Hassan sebelum ini dilaporkan berulang kali mempertahankan keputusannya memecat Wan Saiful daripada jawatan setiausaha PPBM Perlis, susulan dakwaannya berhubung penyalahgunaan kuasa dalam parti, termasuk pemalsuan dokumen.

Kemelut Dan Kejutan Di Perlis


Timbalan Pengerusi PPBM Perlis, Izizam Ibrahim turut menggesa pucuk pimpinan pusat memecat Ameir dan melantik Wan Saiful sebagai penyelaras negeri itu, atas alasan beliau gagal mentadbir PPBM serta “menjadikan parti sebagai harta persendiriannya”.

Izizam mendakwa banyak bahagian di Perlis tidak gembira dengan cara kepimpinan Ameir dengan beberapa memorandum sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan di Kuala Lumpur mendesak beliau dipecat.

Beliau turut mendakwa Ameir merasakan kedudukannya tergugat dengan kehadiran Wan Saiful yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan akar umbi di Perlis.

Hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya akan mengesyorkan penstrukturan semula ke atas PPBM Perlis.

Kemelut Dan Kejutan Di Perlis


“(Kita akan tentukan) siapa yang akan menjadi pemimpin di peringkat negeri dan sebagainya. Jadi, sementara ini, saya punya rayuan agar tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan biarlah tenteram.

“Insya Allah kita akan selesaikan secepat mungkin.” - malaysiakini




    
Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemelut Dan Kejutan Di Perlis"

Posting Komentar