Loading...

LUGAR DE LA BODA DEWAN PERKAHWINAN KONSEP TAMAN DI PUCHONG

Loading...


Pada 5 Januari 2019 yang lepas, saya berkesempatan menghadiri Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong yang terletak di Lake Vista Puchong. Untuk pengetahuan korang, Lugar De La Boda ni merupakan sebuah dewan perkahwinan terbaru yang diperkenalkan oleh Hanana Group Sdn Bhd. Jika korang pernah baca artikel saya mengenai Hanana Group Sdn Bhd sebelum ni, mesti tahu dimana terletaknya dewan perkahwinan pertama mereka iaitu Ambassador kan.

Gambar bersama pemilik Lugar De La Boda Puchong, Pn Norazlin Abd Ghafar

MAJLIS GRAND OPENING & FOOD TASTING LUGAR DE LA BODA PUCHONG

Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Norazlin Abd Ghafar, iaitu pemilik Hanana Group Sdn Bhd bersama-sama keluarga. Majlis tersebut telah dimulakan dengan Solat Mahgrib berjemaah dan majlis bacaan Yassin, kemudian disusuli dengan Solat Isya' berjemaah. Kemudian, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari The Potai's Band dan host jemputan, Azlee Senario.


Majlis ini diadakan untuk membuka peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk mengetahui pakej-pakej perkahwinan 2019 yang disediakan oleh Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda Puchong. Majlis ini sudah semestinya mempamirkan keseluruhan majlis dan pakej lengkap yang mereka boleh tawarkan dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, DJ dan PA system. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir merasai sendiri bagaimana menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diaturkan oleh mereka di Lugar De La Boda Puchong.



Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Ayam Goreng Berempah,  Sambal Sotong, Dalca dan banyak lagi menu wajib majlis perkahwinan yang lain.


Selain itu, mereka juga ada menyediakan beberapa buah booth / gerai yang mana pelanggan mereka boleh membuat permintaan tambahan dalam tempahan pakej sedia ada. Antaranya adalah seperti gerai Kambing Grill, Ais Krim, Ayam Gunting, Kuih-Muih Tradisional, Cendol , Apam Balik, laksa Penang, cekodok bawang, char koe teow, satay dan lain-lain.


Harga asal pakej mereka adalah sebanyak RM28,000, dan akan tetapi untuk tempoh promosi pembukaan pelanggan mereka berpeluang untuk dapat diskaun RM5000 yang menjadikan pakej perkahwinan di Dewan Lugar De La Boda cuma RM23,000 sahaja. Berikut adalah harga pakej per pax selepas potongan harga.
  • 1000 pax - RM23,000
  • 800 pax - RM 20,800
  • 700 pax - RM 18,000
  • 500 pax - RM 16,000
  • 300 pax - RM 14,000

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lengkap Lugar De La Boda, anda boleh rujuk flayer di bawah ini.


Antara kemudahan-kemudahan lain yang mereka sediakan untuk pengantin dan para tetamu yang hadir adalah seperti tandas, surau dan juga bilik khas untuk acara akad nikah. Di samping itu untuk pengetahuan anda juga dewan ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 kerusi chivari gold di dalam satu masa. Tidak lupa juga ruang parking yang selesa.


MENGENAI LUGAR DE LA BODA 

Lugar De La Boda merupakan nama yang meminjam perkataan wedding places di dalam bahasa Sepanyol. Dewan perkahwinan di Puchong ini merupakan konsep "garden wedding" yang pertama di kawasan Puchong dan ia juga menampilkan konsep ciri ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang ditanam terdiri dari pokok pokok palm dan juga pokok pokok taman. 

Jadi buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan anda di Lugar De La Boda ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Alamat :
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya
Office - 0166700471
Office - 0166700473

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752

Website :
Facebook :
Instagram :
Pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 | Dewan perkahwinan Puchong | Garden wedding puchong | Pakej lengkap perkahwinan | Dewan puchong | Pakej lengkap perkahwinan puchong | Event space Puchong | Pakej Perkahwinan terbaik termasuk dewan & katering | Wedding Hall Puchong


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LUGAR DE LA BODA DEWAN PERKAHWINAN KONSEP TAMAN DI PUCHONG"

Posting Komentar