Loading...
Jumlah aset yang dikumpul KWSP adalah antara satu petunjuk terbaik terhadap kekayaan rakyat.
Negara yang ditadbir dengan baik, adil dan mementingkan rakyat akan menghasilkan situasi di mana kekayaan rakyat akan meningkat dengan lebih cepat berbanding hutang kerajaan.
Ini fakta yang tidak dapat dinafikan.
Jika kita lihat carta hutang kerajaan berbanding jumlah aset KWSP berbanding hutang kerajaan, kita dapat melihat trend ini.
Pada tahun 2000, jumlah aset KWSP ialah RM185 bilion iaitu RM59 bilion lebih tinggi berbanding hutang kerajaan.
Dari tahun 2000 sehingga 2003, hutang kerajaan naik menjadi RM188.8 bilion.
Oleh kerana hutang kerajaan naik lebih cepat berbanding jumlah aset KWSP, maka perbezaan jumlah aset KWSP berbanding hutang negara turun menjadi RM30.5 bilion sahaja pada tahun 2003.
Apabila saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, hutang kerajaan rasmi ialah RM306.4 bilion manakala jumlah aset KWSP sebanyak RM346.2 bilion iaitu perbezaan RM39.8 bilion,
Selama tempoh 9 tahun saya menjadi PM, jumlah aset KWSP tumbuh dengan lebih cepat berbanding pergerakan hutang kerajaan.
Pada akhir tahun 2017, hutang rasmi kerajaan naik menjadi RM686.8 bilion tetapi jumlah aset KWSP sudah menjadi RM817.5 bilion - iaitu perbezaan RM130.7 bilion.
Ini jelas menunjukkan kekayaan rakyat sudah naik dengan pesat dalam tempoh 9 tahun ini.
Sememangnya, kekayaan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara ialah antara keutamaan kerajaan BN dahulu.
Belum diambil kira lagi simpanan rakyat di tabung-tabung lain seperti Tabung Haji, LTAT dan PNB yang juga naik dengan cepat serta aset-aset kerajaan seperti Petronas, Khazanah dan BNM.
Tidak dapat dinafikan bahawa hutang kerajaan telah meningkat semasa saya menjadi PM seperti hutang negara juga meningkat untuk kesemua PM sebelum saya.
Tetapi pada tempoh saya PM, kita juga memastikan bahawa kita menambah aset kerajaan dan kekayaan rakyat.
Yang berniaga tahu bahawa ianya satu keadaan yang baik jika aset memberi pulangan yang jauh lebih tinggi dari kos faedah hutang.
Sebaliknya, jika kita menjual aset yang memberi pulangan yang lebih tinggi untuk membayar hutang dengan faedah yang rendah, maka ini adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Jika kita mengambil kira aset untuk 7 entiti sahaja iaitu BNM, Khazanah, Petronas, KWSP, Tabung Haji, PNB, KWAP, jumlah aset-aset ini meningkat dari RM847.8 bilion kepada hampir RM2 trilion dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
Ini juga fakta.
Propaganda PH selalu memainkan bahawa hutang kerajaan sudah naik dalam tempoh kerajaan BN semasa saya PM.
Tetapi PH akan selalu mengabaikan fakta bahawa aset kerajaan dan kekayaan negara naik dengan lebih cepat berbanding hutang.
Selepas PRU14, ramai yang sudah sedar bahawa PH telah menang dengan menipu.
Selepas menang, mereka masih terus menipu dengan mempergunakan rakyat yang tidak diberi fakta sebenar.
Mereka juga berterusan dengan propaganda politik fakta setengah masak untuk mengaburi mata rakyat.
Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Loading...
0 Response to "Najib : Peningkatan Aset KWSP bukti Kekayaan Rakyat"
Posting Komentar