Loading...
Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim. Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan perintah koroner supaya pegawai pengendali menyediakan kenyataan untuk 7 saksi dijadualkan memberi keterangan dalam inkues bagi mengenal pasti punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, kenyataan saksi tidak boleh digunakan dalam inkues kerana peraturannya berbeza dengan peraturan perbicaraan jenayah.
Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim. “Ini bukan perbicaraan jenayah di mana seseorang didakwa melakukan kesalahan,” katanya ketika membenarkan permohonan kerajaan untuk terbalikkan perintah koroner Rofiah Mohamad pada 18 Januari.
Koroner tersebut bergantung kepada Seksyen 402B Kanun Peraturan Jenayah ketika memerintah pegawai pemgendali Hamdan Hamzah menyediakan kenyataan saksi 6 doktor dan pegawai penyiasat.
Karim berkata, koroner tersebut tiada budi bicara untuk mengeluarkan perintah demikian kerana ia hanya boleh digunakan untuk perbicaraan jenayah.
Hamdan, yang juga timbalan pendakwa raya, sebelum ini memberitahu, kerajaan tidak setuju dengan perintah dikeluarkan Rofiah memandangkan inkues tersebut merupakan perbicaraan khas.
Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim
“Dalam inkues, koroner boleh juga bertanya berkenaan saksi, tidak seperti dalam perbicaraan di mana pendakwa dan peguam bela boleh soal dan soal balas saksi dan yang tertuduh,” katanya.
Peguam, M Visvanathan, yang mewakili pasukan petugas kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya, Selangor memberitahu, inkues adalah siasatan dijalankan dalam bilik mahkamah.
“Tidak boleh bergantung kepada kenyataan saksi. Kalau tidak, ia menjadi preseden buruk dalam perbicaraan serupa nanti,” katanya.
Peguam, Yahya Othman mewakili keluarga Adib, Syazlin Othman mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Cyrus Tiu Foo Woei mewakili Majlis Peguam, dan Siti Kasim mewakili penganut di kuil berkenaan.
Inkues itu dijadualkan dari 11 hingga 28 Feb, 1 hingga 5 Mac, 19 ke 29 Mac dan 1 ke 12 April. Seramai 30 saksi dijangka memberi keterangan.
Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim
Adib, 24, cedera parah ketika insiden keganasan di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25. Allahyarham adalah sebahagian daripada anggota pasukan bomba dari Balai Bomba dan Keselamatan Subang Jaya yang pergi ke kawasan itu ketika berlaku tunjuk perasaan pada 27 November lalu.
Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim. Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada 17 Disember lalu. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "Perbicaraan Terkini Kes Muhammad Adib Mohd Kassim"
Posting Komentar