Loading...

[Video Jika tak tubuh Bersatu, Najib pasti menang PRU14] Penurunan harga minyak ditangguh ke akhir minggu pertama 2019 & Harga minyak mingguan: Jangan tangguh lama-lama, pesan KJ.

Loading...
Selasa, 1 Januari 2019
Image result for Foto Nurul izzah kj dan Rafizi
Nurul Izzah, Rafizi and KJ

Harga minyak mingguan: Jangan tangguh lama-lama, pesan KJ

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap kerajaan tidak mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan semula sistem penetapan harga petrol mingguan.
Sistem apungan harga secara mingguan itu dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Khairy berkata sudah tujuh minggu rakyat Malaysia membayar harga petrol yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
"Jangan tangguh lama-lama. Sudah tujuh minggu rakyat bayar 'subsidi' kepada kerajaan," katanya di Twitter.
mk.

Penurunan harga minyak ditangguh ke akhir minggu pertama 2019


Harga runcit petrol nampaknya akan kekal sehingga Jumaat ini apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan semula penetapan harga minyak mingguan, yang sepatutnya bermula 1 Januari 2019.
Sistem apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia bagi membincangkan bantahan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhubung langkah itu dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.
"Kerajaan berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan agar pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia.
"Bagaimanapun kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang membantah langkah itu dan meminta kadar margin pengusaha setesen yang menjadi salah satu komponen bawah mekanisme harga automatik (APM) yang digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum," katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya lagi, jemaah menteri akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat pada 2 Januari ini.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga akan bertemu PDAM dalam masa terdekat," katanya lagi.
Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).
"Apabila harga minyak global turun, harga runcit produk petroleum juga akn diturunkan. Namun apabila harga minyak global naik, ia akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter.
"Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subisi bersasar untuk RON95 pada pertengahan 2019," katanya lagi.
mk.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Jika tak tubuh Bersatu, Najib pasti menang PRU14] Penurunan harga minyak ditangguh ke akhir minggu pertama 2019 & Harga minyak mingguan: Jangan tangguh lama-lama, pesan KJ."

Posting Komentar