Loading...
Omar Immun via Utusan Borneo |
“Saya bagi suara MAPIM Sarawak berasakan ini suatu yang kurang wajar. Kita harus mengkaji perkara ini daripada pelbagai skop yang lebih besar, contohnya kehidupan rakyat kita sendiri.
“Adakah orang miskin di Malaysia hari ini telah mendapat akses atau bantuan pendidikan yang secukupnya?
“Denda RM5,000 atau penjara enam bulan ke atas ibu bapa yang gagal melengkapkan persekolahan anak mereka sehingga tingkatan lima adalah sesuatu yang membebankan khasnya kepada golongan miskin,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Omar menambah, walaupun tindakan itu dilihat bagus tetapi jika tindakan diambil itu nanti boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan bermasyarakat maka ia akan menjadi keputusan sebaliknya.
Justeru ujarnya, dalam hal ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak harus tergesa-gesa membuat keputusan terutama apabila melibatkan beban kewangan yang diberatkan kepada rakyat.
“Pendidikan bukan satu kehendak tetapi keperluan amat penting dalam kehidupan. Jika sebuah kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan ini maka dengan sendirinya apa guna kerajaan yang ada,” katanya.
Omar berkata beliau terkejut kerana Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dan diulas oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
“Kita bukan bercerita dari segi politik tetapi ini melibatkan rakyat kebanyakan, lebih separuh rakyat Malaysia, remaja berada dalam sistem pendidikan negara, ini bukan satu industri yang kecil, jadi kerajaan harus berhati-hati dalam membuat kajian,” tegasnya.
Katanya harus ada mekanisme diperkenalkan bukan semata-mata memikirkan untuk membuat keputusan menghukum rakyat kerana rakyat juga boleh menghukum kerajaan.
Isnin lepas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan bagi mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.
Beliau berkata ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama enam bulan.
Menurutnya Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.
‘‘Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
Sumber: Utusan Borneo
Loading...
0 Response to "Wajib murid tamat sekolah tingkatan lima tidak wajar"
Posting Komentar