Loading...

10 Perkara Yang Anda Boleh Ucap Selamat Tinggal Setelah Menjadi Guru

Loading...
Apabila menjadi guru, anda mendapat pelbagai perkara. Anda boleh tiba-tiba menjadi seorang yang multitasking, mengenalpasti masalah pembelajaran / pemprosesan murid dengan sekelip mata, dan mengubah konsep yang mungkin membosankan tetapi menarik ketika pdp sedang berlansung.
Tetapi apa yang anda akan HILANG setelah menceburkan diri dalam bidang pendidikan yang indah ini?

1. Kemampuan anda untuk mengingati di mana letaknya kopi/lembaran kerja/kunci kereta/cermin mata dan lain-lain.
via GIPHY
Hi..hi..hi..seorang guru boleh ceritakan nama haiwan kegemaran anak muridnya, di mana beliau tinggal, ibunya kerja apa, berapa orang adik beradik, tetapi kemampuannya untuk mengingati di mana barang peribadinya yang ditinggalkan tiba-tiba menjadi "lumpuh" untuk seketika. Paling parah, handbag pun tinggal merata!

2. Kesabaran

via GIPHY
Tahukan apa perasaan seorang guru apabi namanya dipanggil 320 kali setiap hari oleh murid. Panggilan tersebut pula dengan pelbagai intonasi jeritan, merengek, tangisan dan pelbagai lagi. Boleh anda bayangkan 35 orang murid memerlukan bantuan guru dalam satu-satu masa. Setiap hari guru-guru mempraktikan kesabaran ditahap dewa. jadi harap dapat dimaafkan jika beliau pulang ke rumah tiba-tiba sahaja melenting dan kemudia kool down semula..
3. Cubaan untuk tidak dikenali ditempat umum
via GIPHY
Sebagai seorang guru, ke mana sahaja beliau pergi, akan terngiang-ngiang panggilan nama beliau. Adakalanya dia merasakan ianya satu halusinasi, tetapi ianya adalah realiti. Ketika bercuti, adakalanya lokasi yang dituju sudah dirasakan dapat mengelak daripada murid atau ibu bapa, namun jangkaan tersebut sering salah! Kadang-kadang terasa macam dipasang GPS tracker pulak dek budak-budak ni. Tengah beli shampoo dilorong 6 dalam Tesco pun boleh terserempak...arggghhh!

4. Keinginan untuk bersosial selepas sekolah atau dihujung minggu
via GIPHY
Kepada rakan-rakan yang bukan guru yang menantikan kami, kami mohon maaf banyak-banyak. Bukan kami tak mau join, emosi kami sangat letih dan penat. Plan hujung minggu? Hujung minggu pun kadang-kadang di sekolah dik oiii...!

5. Harapan untuk generasi masa depan.
via GIPHY
Memang diakui, terdapat beberapa perkara yang kita amat bangga dengan murid-murid kita. Mereka juga adakalanya menjadi sumber inspirasi untuk kita terus menjadi seorang guru yang berdedikasi. Namun dua tiga hari ini, di media-media sosial, melihatkan sikap-sikap pelik mereka, merakamkan diri sendiri dengan aktiviti-aktiviti tidak senonoh, ikut trend menari macam ulat dan ntah-ntah hapa lagi, jiwa ini rasa mati seketika bersama remaja zaman sekarang...
6. Kemampuan anda untuk berbual dengan orang dewasa yang bukan guru
via GIPHY
Kita mampu bersembang dengan murid pelbagai perkara-perkara menarik berkaitan diri mereka, Pokemon, Beyblade, AJL 2019 ataupun Sufian dan Elfira. Tapi apabila bercampur dengan sekumpulan orang dewasa yang bukan guru, tetiba jadi lost kejap sementara nak jumpa tune semula...

7. Wajah selamba anda
via GIPHY
Murid-murid ni dia ada macam-macam ragam. Kadang-kadang lagak mereka langsung tak masuk akal. Ingat senang nak maintain wajah serius seorang guru??? Kadang-kadang berjaya, tapi sampai bilik guru, habis pecah perut tergolek-golek dok gelak, paling parah, senyum sorang-sorang...!

8. Masa untuk diri sendiri
via GIPHY
Malangnya perkara menjadi perkara yang sering diabaikan oleh guru-guru. Kalau tak diabaikan pun, sering terlupa. Mengapa? Kerana guru sering mendahulukan muridnya, hingga terlupa kesihatan diri...

9. Impian untuk percutian mewah ditempat menarik seluruh dunia
via GIPHY
Nak lepak tempat mewah-mewah dengan gaji seorang guru? Usah mimpi, tetapi kalau ikat perut atau mempunyai pendapatan sampingan yang melebihi gaji anda, YA, ianya tidak mustahil!

10. Cubaan untuk melakukan sesuatu yang lain daripada dunia pendidikan.
via GIPHY
Jika mengajar adalah satu satu 'passion' untuk anda, berfikir untuk lakukan sesuatu diluar bidang itu menjadi satu kejanggalan. Ya, ianya boleh dilaksanakan, namun akhirnya ianya akan berbalik semula kepada objektif asal iaitu memastikan kemenjadian murid yang berpendidikan, bijak dan mampu mengubah dunia mereka.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "10 Perkara Yang Anda Boleh Ucap Selamat Tinggal Setelah Menjadi Guru"

Posting Komentar