Loading...

5 Perkara Yang Bermain Di Fikiran Cikgu Ketika Mesyuarat Guru

Loading...
Mesyuarat guru atau mesyuarat staf adalah 'necessary evil' dalam dunia pendidikan. Ya betul, dalam satu-satu masa anda memerlukan semua guru untuk berkumpul, berbincang mengenai satu perkara yang akan dilaksanakan.
Yang menjadi masalah sekarang ini, waktu dan ketika mesyuarat tersebut dipanggil! Tengah dalam kelas, tengah menanda kertas ujian, sedang menjamah makan pagi pada waktu tengahari...seriously! Tempoh mesyuarat akan menjadi waktu paling panjang pada hari tersebut...

Kami tidak menafikan keperluan mesyuarat guru ini, tapi beberapa perkara yang kami akan senaraikan ini seringkali bermain difikiran guru-guru yang sedang bermesyuarat itu...

1. Ada makanan tak lepas mesyuarat?

via GIPHY
Nak jaga hati cikgu ni, kena jaga perut diorang juga. Tak perlu pun sampai dua tiga hidang nasi berlauk, dapat kudap-kudap maruku keliling meja pun jadi lah. Lepas tu teh tarik ke, kopi ka...

2. Eh, slide ni bukan dah ada dalam e-mail ke?
via GIPHY
Ergghh, paling mengecewakan jika mesyuarat yang dikatakan mesyuarat itu adalah hanya bacaan semuala slide yang telah di emailkan kepada semua guru! At least bagi la surprise sikit...

3. Eh, apa kena mengena meeting ni dengan aku?
via GIPHY
Mesyuarat membincangkan perancangan untuk murid-murid UPSR, tetapi tahun ini anda langsung tidak mengajar murid tahun 6 dan hanya menumpukan pada murid tahap 1. Panggilan mesyuarat untuk semua guru??? Biadapkah saya kalau saya main Candy Crush (silent mode) dalam mesyuarat ini???
4. Tudia, boleh buat ke tak ni???
via GIPHY
Tiba-tiba Pentadbir bersuara dalam mesyuarat berkeinginan nak sertai pertandingan tandas tercantik lah, PSS terbaik, action song dalam Karnival Bahasa sedangkan sebelum ini dia tak pernah besuara pun...

5. Berapa lama lagi nak habis meeting ni daaa..?
via GIPHY
Semua orang maklum betapa sibuknya kehidupan seorang guru. Guru juga ada keluarga, anak-anak yang perlu diuruskan. Mesyuarat tiba-tiba melangkau waktu sepatutnya buatkan guru panas punggung. Mana nak ambil anak di rumah pengasuh lagi, karang kena caj lebih pulak...adeh!

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Perkara Yang Bermain Di Fikiran Cikgu Ketika Mesyuarat Guru"

Posting Komentar