Loading...

AES: Kaki Kelentong Akan Tetap MENIPU walau dah jadi Menteri

Loading...
"Kerajaan KLEPETOKRASI ialah sebuah Kerajaan yang suka/seronok/sanggup MENIPU (MEMBOHONGI / KLEPET) rakyatnya sendiri. Manakala rakyatnya yang NAIF, SUCI dan BERSIH HATI termakan penipuan itu walau DITIPU berulang-ulang kali. Kerajaan KLEPETOKRASI juga mempunyai KEPAKARAN MENFITNAH dengan menggunakan jentera maya RED BEAN B*BI"
Tauke HARAPAN coin ini tidak mengalah.

Dia masih penuh semangat untuk pertahankan U-Turn AES.

Dia kata AES hanya mula dicadangkan pada tahun 2010. Tuduh saya tipu.

Nasib baik internet tidak lupa.

Saya lampirkan bukti kontrak telah diberi kepada syarikat swasta pada tahun 2005 dan juga lampiran bahawa AES mula beroperasi Januari 2008.

Ini link arkib Utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Kalau tak mahu percaya Utusan, boleh rujuk MalaysiaKini.
https://www.malaysiakini.com/news/213831

Entah dari siapa dia pinjam mesin masa itu untuk dakwa AES hanya mula dicadang tahun 2010.

Tetapi jelas mesin dia rosak.

Jika tak ada mesin masa pun, boleh pakai Google untuk buat sedikit penyelidikan sebelum cuba membalas.

Kan dah kantoi lagi?

Ada juga penyokong PH lain yang kata LTAT terbeban dengan kontrak AES.

Yang pelik ialah apabila AES di bawah syarikat swasta, mereka dakwa ini sangat menguntungkan kroni.

Tetapi AES di bawah LTAT, ia menjadi satu beban pula.

Pelik.

Sebenarnya, saya sangat kagum dengan bekas pejuang-pejuang berani mati mansuh AES ini.

Dulu mereka keji AES. Hari ini mereka puji AES.

Pertahankan AES.

Kini, mereka kata tambahan 11 kamera baru AES adalah baik untuk rakyat.

Mansuh tak patut. Tambah kamera okay.

Dulu mereka kata kos sebenar kamera AES hanya RM15k, tetapi mereka kini membisu apabila PH beli kamera pada harga RM200k.

Mereka terus membisu apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa KWSP akan tanggung 49% dari kos kamera baru melalui pegangan KWSP di dalam PLUS yang dipanggil untuk membeli kamera ini sebagai satu "sumbangan CSR".

Dulu saman RM150 sangat membebankan. Kini saman RM300 tidak membebankan rakyat.

Kini kerajaan PH juga menyekat mereka yang belum jelaskan saman AES dari memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka.

Dulu BN tidak buat begitu.

Ini tidak lagi zalim tetapi baik untuk Rakyat.

Sekarang, bekas pejuang-pejuang berani mati AES ini semua okay sahaja.

Tak mustahil jika satu hari nanti, kita boleh pakai HARAPAN coin untuk bayar saman AES.


Oleh : Najib Razak
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AES: Kaki Kelentong Akan Tetap MENIPU walau dah jadi Menteri"

Posting Komentar