Loading...
PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Anggota Parlimen UMNO ke dalam Bersatu.
Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Dr. Mahathir berkata, keenam-enam anggota parlimen itu diterima menyertai Bersatu setelah mengkaji permohonan mereka selain meletakkan syarat bahawa mereka hanya akan menjadi anggota biasa tanpa memegang sebarang jawatan dalam parti.
"Menjadi ahli Bersatu tidak bermakna mereka mencari perlindungan daripada parti ini. Kita tidak akan memberi perlindungan terhadap apa-apa yang dilakukan dahulu," kata Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan kad keahlian Bersatu kepada keenam-enam anggota parlimen tersebut serta Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyatie Samsudin yang telah menyertai Bersatu pada Disember tahun lepas. - Bernama
Loading...
0 Response to "(ELOKLAH) Setelah Tiada Arah, Enam bekas MP UMNO sertai Bersatu"
Posting Komentar