Loading...

Isu peruntukan, KPM perlu tunjuk kesungguhan elak persepsi negatif rakyat

Loading...
KUALA LUMPUR 7 Feb. – Kabinet wajar bertindak berhubung kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa banyak peruntukan penambahbaikan prasarana sekolah kebangsaan dan sekolah agama masih di peringkat kajian Kementerian Kewangan.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat kini berasa khuatir kerana peruntukan untuk sekolah persendirian Cina boleh pula dipercepat melalui penyediaan dana khas Kementerian Kewangan.

Soalnya apakah kewajaran peruntukan tambahan untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama negeri-negeri dilewatkan dan atas alasan serta faktor apa?.

“Kementerian Kewangan sewajarnya menjadi fasilitator kepada usaha menurunkan dana dan peruntukan bersesuaian kepada Kementerian. Jangan jadikan Kementerian Kewangan sebagai `kubu’ untuk membina kekuatan politik peribadi dan parti sendiri.

“Kegusaran rakyat ini ada asasnya. Prasarana sebahagian sekolah kebangsaan dan agama berada dalam keadaan cukup daif. Ia memerlukan dana segera dan kelewatan birokrasi seperti ini seolah-olah menjadikan pelajar sebagai mangsa permainan politik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Reezal Merican berkata, kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan kelmarin mengesahkan wujud kelemahan di peringkat Kementerian Kewangan dalam mempercepat urusan perolehan peruntukan tambahan berkait prasarana pendidikan.

Tegasnya, maka itu, tidak salah jika ada persepsi umum dalam kalangan rakyat bahawa wujud peminggiran keutamaan dana untuk sekolah kebangsaan dan agama.

“Dalam isu ini, kesungguhan dan komitmen Menteri Pendidikan wajar diberikan perhatian serius oleh kerajaan dan khususnya Kementerian Kewangan.

“Sebagai kementerian yang cukup strategik, kelemahan penyediaan peruntukan tambahan akan memberikan persepsi negatif dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu peruntukan, KPM perlu tunjuk kesungguhan elak persepsi negatif rakyat"

Posting Komentar