Loading...
Jika ditanya apa tempat makan menarik di sekitar Batam, sudah semestinya aku akan cadangkan kepada korang untuk ke AMATI COFFEE yang terletak tidak begitu jauh dari pusat bandarnya. AMATI COFFEE merupakan sebuah bistro yang menyajikan pelbagai jenis coffee dan teh.
AMATI COFFEE terletak di Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam, yang memakan masa dalam 20 minit perjalanan dari Batam Centre. Jadi rancang perjalanan anda sebaiknya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Untuk pengetahuan korang, AMATI COFFEE ada menyediakan 2 jenis ruangan untuk pilihan pelanggannya. Ada ruangan berhawa dingin dan ada juga ruangan luar (outdoor) yang terdedah. Jadi pelanggan mereka boleh membuat pilihan yang mana satu sesuai untuk mereka duduk dan menikmati makanan di sini.
Konsep bistro ini sangat ringkas dan terbuka. Sangat sesuai untuk dijadikan tempat lepak dan bersantai bersama kawan-kawan. Bagi saya, ia juga sesuai untuk dijadikan tempat bonding keluarga.
Apa yang menariknya, bistro ini tidak hanya menyajikan kopi dan teh sahaja, AMATI COFFEE juga menyajikan pelbagai jenis menu makanan yang lain untuk anda nikmati. Dikhabarkan lebih 100 jenis menu yang disediakan di sini.
Menu Ayam Sambal Hijau
Nasi Goreng Istimewa (ayam+seafood+telur)
Nasi Goreng Kambing
Ini pula menu yang cukup istimewa di AMATI COFFEE ni iaitu Tape Goreng Cheese (tapai). Siapa sangka tapai boleh dioleh menunya digoreng menjadi seperti bebola sebegini dan rasanya memang sangat enak.
Tape Goreng Cheese
Selain dari makanan di atas, ada banyak lagi menu-menu menarik yang sudah semestinya sedap yang boleh korang oder. Yang penting semuanya puas hati dan halal.
Bistro ini dibuka setiap hari ikut masa berikut:
Mon - Fri : 3pm - 11pm
Sat - Sun : 9am - 12pm
LIVE MUSIC: FRIDAY & SATURDAY NIGHT
Untuk korang yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah ke alamat seperti di bawah ini:
Amati Coffee Tea & Resto
Jalan Jend Soeprapto Buana
Central Park Batam
Email :
RSVP :
+62 813-2560-8545
Instagram:
Facebook:
Loading...
0 Response to "LEPAK DI AMATI COFFEE TEA & RESTO BATAM"
Posting Komentar