Loading...

Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih

Loading...
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan kepada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Hal ini kerana PH dilihat masih gagal menambat hati kaum Melayu selain hilang populariti disebabkan beberapa isu sentitif yang menyentuh etnik tersebut seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kegagalan menunaikan manifesto secara menyeluruh.


Menurut pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor, tambah menyulitkan PH untuk menang adalah populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan Melayu dan seluruh Malaysia dengan tagline ‘malu apa boskurr’.

“Meskipun Najib dilanda pelbagai isu, tetapi BN berjaya mengguna pakai popularitinya dalam PRK Cameron Highlands. Bahkan, kedudukan BN semakin pragmatik di bawah pimpinan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Semenyih mempunyai jumlah pengundi Melayu kritis yang tinggi dan tidak mengikat diri dengan sesebuah parti. Mereka sebaliknya mengundi berdasarkan kepentingan dan isu sama ada lokal mahupun nasional dan kawasan ini terkenal dengan melakukan peralihan undi (swing vote),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Nadzri berkata, PH berdepan cabaran sukar di untuk menawan hati pengundi DUN Semenyih kerana faktor kegagalan perlaksanaan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) khususnya mengenai pemansuhan tol.

Katanya, ramai pengundi DUN Semenyih bekerja di Lembah Klang menggunakan lebuh raya yang mempunyai tol dan kegagalan PH menunaikan janji menghapuskan tol akan menyebabkan defisit keyakinan dalam PRK nanti. -UTUSAN ONLINE
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih"

Posting Komentar