Loading...

Nilai RM: berbohong tidak akan jadikan Pembohongan dulu jadi benar

Loading...
Sebelum PRU14:

Ringgit turun kerana Najib.

PH panggil Rakyat turunkan Najib. Najib pun turun.

Selepas PRU14:

Ringgit turun kerana Trump. Bukan salah PH.

Dengan ini, Rakyat mesti bersedia. 

Rakyat mungkin dipanggil untuk turunkan Trump pada bila-bila masa.

Okay, kita serius sikit sekarang.

Ada benarnya jika Dolar Amerika mengukuh maka Ringgit akan turun berbanding Dolar Amerika.

Dolar naik,Ringgit turun. Ringgit naik, Dolar turun.

Ini bukan susah nak faham. 

Pada tahun 2015, Dolar Amerika mengukuh dengan kadar paling pantas dalam 40 tahun yang lalu.
https://money.cnn.com/2015/03/16/investing/us-dollar-fastest-rise-40-years/index.html

Ya, Dolar Amerika kukuh pada kadar paling tinggi dalam 40 tahun.

Tempoh itu juga, Dolar Amerika Syarikat paling kuat semenjak 13 tahun dahulu iaitu pada tahun 1998.
https://money.cnn.com/2016/11/16/investing/dollar-13-year-high/index.html

Tetapi pada tahun 2015 itu juga, PH mengeluarkan kata-kata emas "Najib turun, Ringgit naik."
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/10/03/najib-turun-ringgit-naik-tun-m

Masa itu, PH kata salah Najib, bukan salah Obama pulak.

Jelas PH telah memfitnah saya masa itu.


#FitnahSudahMenang

Memang betul juga untuk bulan yang lepas, Dolar Amerika mengalami kelemahan dan Ringgit mengukuh sedikit berbanding Dolar tetapi masih jauh berbeza dengan kadar sebelum PRU14.

Sebenarnya, nilai semua matawang menerima kesan dengan turun-naik Dolar Amerika Syarikat - bukan Ringgit sahaja.

Begitu juga nilai Baht negara Thailand yang turut menerima kesan dari kelemahan Dolar Amerika baru baru ini.

Isu pokoknya ialah Ringgit menurun berbanding Thai Baht sehingga tahap paling rendah dalam sejarah.

Takkan hanya Ringgit menerima kesan dari Dolar Amerika tetapi Baht tidak?

Sebelum PRU14, Ringgit bukan sahaja memulih berbanding Dolar Amerika tetapi dengan semua matawang yang lain termasuk Dolar Singapura dan Baht Thailand.

Selepas PRU14, jelas kelihatan bahawa Ringgit bertukar hala dan menurun berbanding semua matawang yang lain.

PH patut mengaku bahawa Ringgit sudah lemah di bawah Menteri Kewayangan mereka.

Oleh : Najib Razak
Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6

KINI, PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN itu menjadi kenangan pahit dalam hidup kita. 

Seorang mukmin yang cerdas tak mungkin digigit ular di lubang yang sama dua kali. Maksudnya apa?
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nilai RM: berbohong tidak akan jadikan Pembohongan dulu jadi benar"

Posting Komentar