Loading...

PAKATAN HARAPAN AKAN HILANG KUASA PRU 15

Loading...

MAHADHIR SEDANG MARAH DAN AKAN MARAH ATAS KERJASAMA PAS DAN UMNO MENYEBABKAN P.H KECUNDAN DI C.H

   
DR MAHADHIR MUHAMMAD

Kemenangan bergaya calon BN di PRK cameron Highland dinilai oleh PM Malaysia Dr Mahadhir adalah kerana kerjasama PAS dan parti kafir (UMNO)

Kenyataan seorang pemimpin tertinggi P.Harapan ini dilihat sebagai mengungkit kembali tuduhan pati PAS yang menggelar UMNO sebagai kafir pada satu ketika dahulu, walaupun tuduhan itu perlu diadili mengikut hukum syra'.

Pernah satu ketika dahulu kes ini hendak diselesaikan secara pandangan agama akan tetapi gagal kerana  ada larangan dari kumpulan yang memegang kuasa agama dan ditakuti tuduhan kafir itu akan benar-benar terhukum menjadi kafir.

Hari ini tuduhan kafir itu dibangkitkan kembali oleh Dr Mahadhir Muhammad P.M Malaysia semata-mata kerana atas kerjasama PAS dan UMNO itu benar-benar memberi pukulan maut terhadap calon Pakatan Harapan di C.H

Tidak mustahil kerjasama PAS dan UMNO itu jika berterusan maka P.Harapan akan tumbang pada PRU 15 nanti, ini kerana sudah ada ramalan yang menilai demikian. 

Pandangan terkini di PRK Semenyih sudah ada suara-suara dari rakyat tempatan Semenyih yang meramalkan P.Harapan akan kecundang di PRK tersebut kerana P.Harapan tidak menepati janji, munafik kata mereka,

Mengikut pandangan mereka terlalu banyak kepincangan yang berlaku di negara ini selepas P.Harapan memerintah, melayu tercemar, agama islam tercemar, pemimpin tertinggi negara (Yang dipertuan Agong) dihina, perlembagaan negara terusik, namun tiada sura pembelaan daripada pemimpin P.Harapan.

Selain daripada itu penduduk Semenyih khasnya mengeluh kerana janji PRU14 langsung tidak tertunaikan, rakyat semakin tertekan, barang melambung tinggi, walaupun dikatakan P.Harapan telah berjaya memperbaiki ekonomi negara tapi itu hanya cakap-cakap dibibir sahaja, sedangkan kehidupan rakyat terus terhimpit.

Keluh mereka, tanyalah kepada rakyat Malaysia, adakah mereka measa hidup selesa selepas Pakatan Harapan memerintah ?

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAKATAN HARAPAN AKAN HILANG KUASA PRU 15"

Posting Komentar