Loading...
PRK Semenyih Tak Jadi? Seorang pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan memfailkan injuksi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang pilihan raya DUN N24 Semenyih.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tersebut selepas mempertikaikan keabsahan SPR pada masa ini.
PRK Semenyih Tak Jadi? "Ia atas alasan SPR tidak wujud secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan kerana hanya dianggotai oleh seorang Pengerusi tanpa 6 lagi ahli," katanya kepada Malaysiakini.
Peguam yang lebih dikenali sebagai 'Buzze Azam' itu juga mengesahkan telah menghantar undangan kepada pihak media untuk mengadakan sidang akhbar selepas permohonan injunksi tersebut.
Semasa mengumumkan pilihan raya kecil tersebut, pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata suruhanjaya itu tidak akan terkesan oleh kekosongan jawatannya.
Azhar merujuk Jadual Kesebelas, Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan suruhanjaya itu tidak terjejas walaupun berlaku kekosongan jawatan anggota-anggotanya.
PRK Semenyih Tak Jadi?
Othman Mahmood meletak jawatan sebagai timbalan pengerusi SPR tahun lepas, bersama-sama lima pesuruhjaya lain - Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Leo Chong Cheong, dan K Bala Singam.
Kesemua enam individu itu akan menghadiri tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku membabitkan SPR sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-14.
Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian penyandangnya dari Bersatu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 2 Mac, manakala pengundian awal pada 26 Feb.
PRK Semenyih Tak Jadi? Tempoh berkempen ditetapkan selama dua minggu bermula selepas penamaan pencalonan pada 16 Feb. - malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "PRK Semenyih Tak Jadi?"
Posting Komentar