Loading...

Tempoh lima tahun pengajian antara punca negara kurang guru terlatih

Loading...
KUANTAN 1 Feb. - Kementerian Pendidikan sedang berusaha mencari jalan terbaik mengatasi masalah kekurangan guru terlatih, kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching.
Katanya masalah kekurangan guru, bukan hanya berlaku di sekolah jenis kebangsaan, tetapi juga di sekolah kebangsaan yang mana, seramai 4,000 guru lagi diperlukan.


"Antara faktor yang menyebabkan masalah ini ialah graduan mengambil masa selama lima tahun untuk menamatkan pengajian di institut perguruan sebelum boleh mula berkhidmat," katanya pada Program Sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching, Tanah Putih di sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai masalah kekurangan guru itu kerana menurutnya, pihak kementerian akan mengeluarkan kenyataan terperinci mengenainya dalam masa terdekat. 


Pada isu berasingan, Teo berikan jaminan masalah SJKC Chung Ching 2 di Kampung Tiram, Indera Mahkota yang terpaksa berkongsi peruntukan dengan SJKC Chung Ching 1 di Tanah Putih akan berakhir tidak lama lagi. 


"Masalah ini akan berakhir kerana permohonan SJKC Chung Ching 2 untuk memiliki pentadbiran sendiri telah diluluskan. Mereka dijangka mendapat sijil pengiktirafan pada bulan ini yang membolehkan dua buah sekolah terlibat memiliki pentadbiran dan waran secara berasingan," katanya. - BERNAMA
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tempoh lima tahun pengajian antara punca negara kurang guru terlatih"

Posting Komentar