Loading...

Tips untuk laksanakan Kajian Tindakan di sekolah

Loading...
Sebagai seorang guru, kenapa kita disarankan untuk selalu buat kajian tindakan?

Kajian tindakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran guru dan membantu menyelesaikan masalah kesukaran pelajar memahami kandungan pembelajaran sesuatu topik.

Kita buat kajian tindakan bukan untuk semua topik dalam silibus. Cukuplah untuk topik-topik yang pelajar kita lemah dan susah untuk dikuasai.
Kenalpasti masalah murid

Pernah tak kita terkeluar ayat ni semasa mengajar, "Kenapalah susah sangat budak-budak ni nak faham topik ni?"

Kalau pernah, mesti kaedah yang kita guna kurang sesuai kerana tahap kognitif untuk setiap topik berbeza. Betul kan? Jadi, kaedah pengajaran yang 'lama' perlu dibaiki dan dibuat penambahbaikan melalui kajian. Tujuannya adalah untuk muhasabah diri, bukannya asyik menyalahkan pelajar kita yang tak pandai.

Kajian Tindakan & Inovasi

Nanti ada yang cakap, "Leceh la nk buat kajian tindakan bagai. Macam susah je".

Cikgu, kajian tindakan tak perlu panjang-panjang pun. 2-3 muka surat pun dah boleh buat. Biasanya orang yang cakap susah nk buat sebab mereka tak tahu. Sama je kan dengan situasi pelajar kita. Kalau mereka tahu cara buat, mesti mereka cakap topik tu senang.

Bila dah ada satu kajian tindakan dan cikgu berjaya tunjukkan dalam laporan kajian bahawa kaedah baharu yang cikgu perkenalkan dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam sesuatu topik, secara automatiknya cikgu dah hasilkan satu 'INOVASI'! Kalau kena cara, inovasi dapat, PAK-21 pun dapat. Sambil menyelam dapat juga minum air.
Wah! Macam tak percaya je cikgu dah dapat hasilkan satu inovasi. Nanti bolehlah cuba nasib masuk pertandingan atau bentangkan di seminar-seminar dan persidangan pula.

Sebab, idea cikgu perlu dikongsi juga dengan orang lain. Kalau tak, terperap je nanti dalam fail sampai kertas tu jadi kuning. Nanti, dari semasa ke semasa, cikgu boleh lagi buat penambahbaikan kalau ada cadangan drpd orang lain. Perlahan-lahan berusaha, dapatlah cuba untuk jadi 'Guru Inovatif' pula.

Format Kajian Tindakan

Untuk hasilkan kajian tindakan tak susah sebenarnya. Apa yang menjadikannya susah bila kita tak tahu.

Sebenarnya kajian tindakan tidak ada format yang tetap. Cikgu-cikgu boleh guna apa-apa sahaja format asalkan ada elemen-elemen asas Kajian tindakan. Di bawah ni saya tunjuk contoh 'outline' yang saya selalu buat tp boleh diubahsuai ikut kesesuaian kajian cikgu.

1. Pengenalan & Refleksi Diri - Nyatakan permasalahan yang berlaku dlm PdP yang lalu. Boleh tunjuk hasil kerja pelajar yang bermasalah.
2. Fokus kajian - Contohnya cikgu nak fokus tentang kemahiran menulis ke, kemahiran membaca ke, kemahiran pecahan ke. Kaitkan dengan kaedah inovasi cikgu.
3. Objektif kajian anda - kalau ada 1 pun dah ok.
4. Kumpulan sasaran - Nyatakan kajian cikgu dijalan ke atas siapa. Berapa orang murid, sekolah mana, kawasan mana dll.
5. Pelaksanaan kajian - bahagian ini tumpu kepada bagaimana anda ingin melaksanakan kajian ini. Contohnya nak guna metod apa. Sama ada pemerhatian/tinjauan, soal selidik, temu bual, pemeriksaan buku latihan atau lembaran kerja, ujian pra dan pos atau kumpulan kawalan.
6. Analisis dan dapatan hasil kajian - tunjuk keputusan2 kajian. contohnya kalau guna ujian pra dan pos, tunjuk perbezaan markah sebelum dan selepas kaedah inovasi diperkenalkan.
7. Rumusan dan refleksi akhir.

Dah siap tulis pelaporan kajian tindakan cikgu, bolehlah cuba hantar untuk mana-mana persidangan, pertandingan inovasi, seminar dan lain-lain untuk membentangkan hasil kerja cikgu pula.

Daripada pengalaman membentang kertas kajian cikgu akan dapat pelbagai 'feedback' untuk penambahbaikan inovasi cikgu dan membina rangkaian kenalan. Jangan takut untuk mencuba. Pengalaman-pengalaman seperti ini akan memberi banyak kelebihan pada cikgu. Apabila cikgu menghasilkan lebih banyak inovasi dan kajian tindakan, peluang untuk cikgu lebih luas.

Bermulalah dari bawah selangkah dan bertapaklah menuju ke tempat yang lebih tinggi.

Disunting daripada penulisan: Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir

Muat Turun: 

1. Manual Penulisan Kajian Tindakan (KPM)
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tips untuk laksanakan Kajian Tindakan di sekolah"

Posting Komentar