Loading...

[Video Mahkamah Rayuan benarkan Najib tangguh perbicaraan kes SRC] Tangguh perbicaraan.

Loading...
Isnin, 11 Februari 2019
KiniTV
Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tujuh dakwaan berkaitan dengan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta tidak akan bermula esok seperti yang dijadualkan.

Mahkamah Rayuan benarkan Najib tangguh perbicaraan kes SRC

Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tujuh dakwaan berkaitan dengan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta tidak akan bermula esok seperti yang dijadualkan.
Ini selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan yang difailkan Najib pada 8 Februari lalu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Ahmadi Asnawi bersama-sama Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Yew Jen Ki membenarkan perbicaraan ditangguhkan sementara Mahkamah Rayuan mendengar dan memutuskan rayuan Najib berhubung tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes berhubung kes berkenaan.
Ahmadi dalam penghakimannya, berkata mahkamah rayuan mengambil maklum hujahan pihak pendakwaan bahawa kesalahan yang dihadapi oleh Najib adalah serius memandangkan kapasiti beliau sebagai bekas perdana menteri.
Beliau berkata, pendakwaan menyatakan oleh kerana kes itu menarik perhatian masyarakat tempatan dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan awam, ia sepatutnya dibicarakan seperti yang sudah ditetapkan sebelum ini.
“Bagaimanapun, kami berpuas hati dengan hujahan pemohon dan kami mendapati Najib berjaya menunjukkan keadaan istimewa untuk diberikan penangguhan ini.
“Kami berpendapat bahawa ia akan menyebabkan pembaziran masa dan perbicaraan yang sudah berjalan akan menjadi tidak sah jika mahkamah rayuan membenarkan rayuan pemohon kemudian,” katanya.
Selain itu, menurut Ahmadi, mereka juga mendapati tidak ada sebarang taktik untuk menangguhkan perbicaraan kes di pihak pembelaan seperti didakwa oleh pihak pendakwaan.
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Mahkamah Rayuan benarkan Najib tangguh perbicaraan kes SRC] Tangguh perbicaraan."

Posting Komentar