Loading...

Yadim jadi sarang politik keji DAP? [Badan Dakwah Islam jadi Badan PERTAHAN DAP]

Loading...

Tak mustahil! Program di TV Alhijrah yang sepatutnya menerangkan arah dan haluan Yadim di bawah Malaysia Baharu bertukar menjadi forum politik mempertahankan parti yang pernah menghina Islam, Melayu dan Bumiputera

5 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) tidak menolak kemungkinan hala tuju Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan berubah daripada matlamat asal penubuhan, berikutan campur tangan politik.
Malah, ia semakin jelas apabila program Analisis di TV Alhijrah yang sepatutnya berbicara mengenai dakwah memperkasakan Islam, dan penerangan mengenai arah dan haluan Yadim, sebaliknya menjadi fokus parti tamak haloba DAP mempromosi agendanya.
Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris bimbang sekiranya program yang akan dikendalikan Yadim pada masa akan datang, berkemungkinan besar tersasar matlamat kerana keseluruhan ahli lembaga pemegang amanahnya (ALPA) adalah daripada kroni politik.
“Tidak mustahil agenda politik akan menjadi keutamaan dengan membelakangi agenda akidah dan dakwah. Terus terang saya katakan, Yadim tidak akan lagi maju menempah kejayaan membangunkan Islam, tetapi akan menjadi pentas mempromosi agenda politik kotor dari Pakatan Harapan (PH).
“Telahan ini sememangnya telah diduga sejak awal lagi apabila kemasukan kroni-kroni politik memenuhi keseluruhan ALPA Yadim.
“Terus terang saya katakan, umat Islam melihat agenda Yadim sekarang ini adalah politik kepartian, terutama memperbetulkan persepsi orang Melayu terhadap parti yang pernah memperlekehkan Islam dan Bumiputera,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau diminta mengulas program Analisis bertajuk ‘Yadim: Arah & Haluan?’ Jumaat lalu, menampilkan Yang Dipertua Yadim, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz – bekas calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan ALPA Yadim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh daripada DAP, Sheikh Omar Ali.
Dalam rancangan berkenaan, Sheikh Omar lebih berbicara perihal DAP, termasuk mempertahankan parti itu kononnya, memperjuangkan demokrasi sosial, bukan demokrasi sekular seperti yang didakwa.
Sheikh Omar juga menyangkal dakwaan bahawa DAP tidak bersetuju Islam diperkasakan, selain menafikan parti itu tidak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan.
Haji Rashidi berkata, bukan sahaja isi perbincangan yang membimbangkan, malah tajuk program ‘Yadim: Arah & Haluan?’ pun sudah mengelirukan.
“Setahu kita, semestinya Yadim ditubuhkan sudah ada hala tuju, bagaimana boleh entiti ditubuhkan tanpa hala tuju. Itu satu perkara aneh. Dan mustahil ALPA Yadim yang baru dilantik, baru sekarang hendak membincangkan hala tuju yang baru?
“Semakin pelik apabila Sheikh Omar dilihat sepanjang perbahasan lebih banyak mempromosikan DAP yang diwakilinya, yang kita semua tahu parti itu sejak sebelum PRU14 lagi sudah banyak kali menyerang dan menghina Islam.
“Justeru, saya melihat program yang sepatutnya membincangkan hala tuju baru yang akan dibawa ahli politik PH, telah menjadi platform mempromosi polisi kepartian dalam hal politik, bukannya hala tuju membangunkan umat Islam,” katanya.
Baru-baru ini, isu pelantikan ALPA Yadim kecoh di media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan melantik Sheikh Omar untuk mengisi salah satu jawatan berkenaan.
Bukan sahaja pelantikan wakil rakyat Paloh itu dipertikaikan, bahkan hampir semua lantikan dalam agensi di bawah kerajaan itu dipersoalkan kerana didominasi individu yang mempunyai kaitan politik, berbanding sebelum ini.
Mereka adalah enam individu dari Parti Amanah Negara (PAN), Nik Omar; timbalannya, Zolkharnain Abidin; Datuk Abdul Ghani Shamsuddin; Ahmad Sayuti Bashiron; Shamsul Ma’arif Ismail dan Maznah Daud.
Dua lagi membabitkan wakil PKR iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan seorang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dan Sheikh Omar (DAP).

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yadim jadi sarang politik keji DAP? [Badan Dakwah Islam jadi Badan PERTAHAN DAP]"

Posting Komentar