Loading...
Berita Mengejutkan Buat Pakatan Harapan. Pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih menyaksikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN), atau dalam erti kata lain rakyat bangkit menumbangkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan lebih memilih penyatuan BN-PAS.
Walaupun sebelum berlangsungnya PRK Semenyih, ada sesetengah penganalisis politik berpendapat Semenyih akan terus ditakluki oleh PH. Malah, ramai berpendapat, belum sampai setahun berlalunya pilihan raya umum ke-14, sudah pasti “mood” pengundi masih berada di tahap yang sama.
Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.
Lebih menggerunkan, BN hanya memerlukan kuasa gabungan antara Umno dan PAS dan hanya sedikit bantuan daripada MCA dan MIC. Malah, MCA dan MIC hampir tenggelam di Semenyih kerana begitu kuatnya aura PAS terhadap kempen BN.
Ini tidak seperti PH yang memerlukan kerahan tenaga daripada setiap parti komponen untuk bersama-sama turun padang di Semenyih. Dalam PH, terdapat 4 parti komponen iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah.
Berita Mengejutkan Buat Pakatan Harapan
Jika mahu terus kekal berkuasa dan berdepan dengan “kuasa” rakyat seperti yang berlaku di Semenyih, PH kemungkinan besar perlu melebarkan sayapnya dengan menambah jumlah parti komponen.
BN pernah berada pada tahap sangat cemerlang, apabila menguasai 2/3 majoriti di Parlimen, selain mempunyai lebih daripada 13 parti komponen. Ada sesuatu yang perlu dipelajari dan diteladani oleh parti kerajaan hari ini, jika ia ingin terus kekal berkuasa.
Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, PH perlu mencari formula baru dalam usaha untuk memenangi hati rakyat kerana kuasa membentuk kerajaan terletak pada pengundi.
PH juga tidak boleh memandang “sebelah mata” terhadap strategi gabungan antara BN dan PAS kerana jika gabungan ini menjadi dan berjaya membentuk satu blok pembangkang yang sangat kuat, PH akan tumbang.
Semenyih juga menjadi kayu pengukur kepada gabungan BN-PAS dan hasilnya, ia menjadi.
Jika gabungan BN-PAS menjadi lebih mantap menjelang PRU-15, PH akan tumbang. Kemungkinan besar PH akan kehilangan Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak.
Berita Mengejutkan Buat Pakatan Harapan
Contoh mudah di Selangor, ketika ini PH menguasai 20 kerusi Parlimen dan 50 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika Semenyih menjadi kayu pengukur sokongan rakyat terhadap gabungan BN-PAS, nampaknya PH akan “berputih mata” di Selangor pada pilihan raya umum ke-15.
Jika gabungan BN-PAS kekal sehingga pilihan raya akan datang, PH bakal kehilangan banyak kerusi Parlimen di Selangor seperti Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kapar, Kuala Langat dan Sepang.
Syahmi Minhad adalah pembaca FMT.
Iklan
Loading...
0 Response to "Berita Mengejutkan Buat Pakatan Harapan"
Posting Komentar